Arazif
Book || AQID NAUFAL × NUR ALESYA
"Cinta ini bukan untuk dilafaz sesuka hati, tapi untuk dijaga sampai Allah izinkan ia dimiliki."
Sejak kem remaja itu, Alesya menjadi satu nama yang tinggal dalam doa seorang lelaki bernama Naufal.
Dia bukan cinta pandang pertama... tapi dia adalah wanita pertama yang membuat Naufal belajar tentang makna menjaga perasaan kerana Allah.
Alesya seorang yang tenang, lembut, penuh adab dan iman. Tapi bila Alesya membuka bicara soal hati, Naufal hanya mampu menunduk. Kerana hatinya tahu,
"Bukan sekarang. Belum masanya. Bukan begini caranya."
Lalu mereka membawa haluan masing-masing selepas kem. Tiada mesej. Tiada janji. Hanya keyakinan bahawa kalau benar takdir itu tertulis, cinta pasti kembali... dengan cara yang Allah redhai.
Beberapa tahun berlalu...
Takdir menemukan mereka semula di sebuah kedai lukisan, milik Naufal - lelaki yang kini berdiri sebagai pemilik syarikat ukiran kayu dan kafe seni.
Dan di situ, cinta yang lama terpendam... kembali mengetuk dengan izin Tuhan.
---
Sebuah kisah tentang lelaki yang memilih untuk menunggu, dan wanita yang belajar melepaskan cinta kepada Pemiliknya terlebih dahulu.
Tentang dua hati yang pernah suka dalam diam, tapi bertemu semula dalam tenang dan redha.
"Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar."
(Surah Ar-Rum: 60)
"Di Bawah Lindungan Cinta "
Kerana cinta paling indah adalah cinta yang tidak terburu-buru...
Tapi hadir setelah jiwa benar-benar bersedia, dan Allah telah menulisnya dalam takdir.
Song : Sempurna Waktu by Ir Radzi
start : 21 . 7. 2025
end :
status : On going