Penyondol Stories

Refine by tag:
penyondol
penyondol

6 Stories

  • He's Mine Not Yours ✓ by Lylessa
    Lylessa
    • WpView
      Reads 9,938
    • WpPart
      Parts 50
    𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐐 𝐌𝐀𝐋𝐄𝐄𝐐 & 𝐍𝐈𝐊 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐐𝐀𝐘𝐋𝐀 "𝔹𝕚𝕝𝕒 𝕔𝕚𝕟𝕥𝕒 𝕕𝕚𝕦𝕛𝕚, 𝕤𝕚𝕒𝕡𝕒 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕤𝕒𝕟𝕘𝕘𝕦𝕡 𝕓𝕖𝕣𝕥𝕒𝕙𝕒𝕟...𝕕𝕒𝕟 𝕤𝕚𝕒𝕡𝕒 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕤𝕖𝕕𝕚𝕒 𝕞𝕖𝕟𝕘𝕙𝕒𝕟𝕔𝕦𝕣𝕜𝕒𝕟?" 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐄𝐫𝐬𝐡𝐚𝐪 𝐌𝐚𝐥𝐞𝐞𝐪 dan 𝐍𝐢𝐤 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚 𝐐𝐚𝐲𝐥𝐚, pasangan yang suatu ketika dulu menjadi gambaran bahagia. Dua anak kecil, rumah tangga yang dibina atas cinta, dan hampir lima tahun hidup penuh tawa serta doa. Namun, perlahan-lahan kebahagiaan itu mula retak. Amara mengejar impian kerjaya yang lama dipendam. Dan Ershaq...mula merasa dirinya semakin jauh dari perhatian seorang isteri. "Awak tak boleh ke cuti sehari untuk saya? Saya ni suami awak, Amara... bukan orang asing." - 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐄𝐫𝐬𝐡𝐚𝐪 𝐌𝐚𝐥𝐞𝐞𝐪 Kesibukan Amara mencipta ruang sunyi dalam hati Ershaq, dan dalam kekosongan itulah hadir Rania Darissa , pembantu peribadi yang kononnya prihatin, namun sebenarnya sedang menabur racun halus dalam luka yang tak terlihat. "Kalau u perlukan bahu... I ada. Rumah I sentiasa terbuka untuk u." - 𝐑𝐚𝐧𝐢𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐬𝐚 Tanpa Ershaq sedar, langkahnya mula tersasar. Dia hanyut ke arah perhatian yang tak sepatutnya. Dan...tanpa Amara sedar, badai yang paling menakutkan sedang merobek perlahan hatinya. Rupanya suami yang dia cintai dan pertahankan telah memilih untuk berlaku curang. Selama ini Amara buta dengan kasih sayang yang dia sangka miliknya seorang. Dia tak tahu bahawa perhatian Ershaq itu rupanya telah dibahagi. Kasih yang dia genggam erat selama ini rupanya telah dikhianati dan Amara langsung tidak menyedarinya...hinggalah rumahtangga mereka hampir rebah sepenuhnya. Apakah yang akan Amara lakukan?
  • Azran Melissa (SU) by haz_lee
    haz_lee
    • WpView
      Reads 155
    • WpPart
      Parts 6
    Usai sepuluh tahun perkahwinan Melissa dan Hazrel berakhir dengan luka yang tidak pernah dia bayangkan. Atas alasan kononnya Melissa mandul, Hazrel menceraikannya dan menjadikan hidupnya neraka-dipukul, dihina, dan ditindas oleh suami serta wanita simpanannya. Saat Melissa akhirnya memilih untuk pergi demi menyelamatkan maruahnya, dia tidak tahu bahawa bahaya yang lebih gelap menantinya. Tanpa pengetahuannya, Melissa dijual sebagai cagaran hutang kepada lelaki yang Hazrel sendiri takut untuk disebut namanya-Azran Louis, seorang ahli perniagaan tegas dan berpengaruh, terkenal dengan reputasi kelam yang tidak ramai berani cabar. Bagi Azran, Melissa bukan sekadar 'barangan' yang diserahkan kepadanya. Sejak pertama kali melihat wanita itu, dia tahu Melissa bukan seseorang yang mampu dia lepaskan begitu sahaja. Namun bagi Melissa, hidup bersama Azran terasa seperti keluar dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Berkali-kali dia cuba melarikan diri, tetapi Azran sentiasa menemui cara untuk mengikatnya kembali-termasuk sanggup ditangkap basah hanya demi memastikan Melissa kekal berada di sisinya. Dalam ketegasan dan misteri Azran, Melissa mula melihat sesuatu yang Hazrel tidak pernah beri: perlindungan, kesetiaan, dan kasih yang tidak dipaksa. Tetapi parut lama masih menghantui. Melissa takut untuk percaya, takut untuk membuka hati, dan takut untuk jatuh cinta sekali lagi. Antara trauma yang masih mencengkam dan peluang untuk sebuah permulaan baru, Melissa harus memilih-terus berlari... atau akhirnya berani mempercayai lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melindunginya.
  • bahasa hati (COMPLETE)  by Qal-qis
    Qal-qis
    • WpView
      Reads 32
    • WpPart
      Parts 7
    Eliya Ahzara adalah seorang gadis yang tegas, sukar membuka hati, dan bercita-cita menjadi guru. Hidupnya berubah apabila dia menyertai Kem Bahasa dan bertemu seorang pemuda pemalu dan manis bernama Ellias Ardenm, yang bercita-cita menjadi peguam. Pertemuan singkat itu menumbuhkan benih cinta, namun takdir menguji mereka dengan perpisahan, kesetiaan, dan satu pengkhianatan paling menyakitkan - apabila adik kandung Eliya sendiri, Arista Men Rose, menjadi orang ketiga. Namun cinta tak pernah pergi - ia menunggu untuk diberi peluang. Dari retak yang dalam, mereka membina semula rumah tangga... dan akhirnya, belajar bahawa cinta yang tulus sentiasa memilih untuk kekal. Saksikan kisah mereka dari awal ke akhir dalam 21 bab penuh luka, rindu, dan bahagia
  • kau yang terindah di sisi ku by _cik_comel_
    _cik_comel_
    • WpView
      Reads 41
    • WpPart
      Parts 3
    Menceritakan kisah pasangan yang berlainan agama yang ditakdirkan bersama. Muhammad Ikhwan Hafiz seorang lelaki budiman yang digilai ramai perempuan sudahlah kacak,hormat ibu bapa malah seorang yang berpegang teguh kepada agama. Julie Gisella seorang gadis yatim piatu yang berasal dari Ireland beragama Kristian terjatuh cinta kepada Ikhwan tetapi sedar akan dirinya kerana mereka berlainan agama apabila mendapat hidayah dan jalan lurus Julie masuk ke agama Islam namanya ditukar kepada Nurul Aira izzara.mereka berdua berkahwin atas restu ibu bapa mereka mampukah mereka harungi cabaran mampukah Aira menerima cemuhan makian mampukah mereka membina sebuah mahligai cinta yang gah hingga ke akhir hayat...adakah mereka akan bahagia hingga ke hujung akhir hayat mereka..
  • 𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUS by HERAEVARA
    HERAEVARA
    • WpView
      Reads 18,188
    • WpPart
      Parts 36
    Start: 15 Jan 2024 End: Humaira Zulaikha, si gadis periang dan bersifat manja. Separuh hidupnya diisi dengan kehadiran seorang lelaki berkulit tan yang menemani hidup Humaira siang dan malam sepanjang gadis itu belajar di sebuah universiti. Untungnya lelaki itu juga belajar di universiti tersebut di dalam bidang dan semester yang sama. Tapi semakin lama hubungan mereka kian retak. Setiap hari pasti ada isu yang mereka gaduhkan sehingga hubungan mereka hampir putus. Akan tetapi seorang Humaira tidak pernah berputus asa kerana cintanya yang tulus, bagi dirinya itu hanyalah ujian di kala hubungannya itu sudah melebihi satu tahun. "Abang dah penatlah gaduh benda sama setiap hari. Kalau macam ni baik kita putus je lah." - Danniel Luqman. "Aira minta maaf." - Humaira Zulaikha. Setiap kali pergaduhan, setiap kali itulah kata maaf terucap dari bibir Humaira. Setelah banyak dugaan yang dihadapi akhirnya Humaira sudah berputus asa. Dia lepaskan Luqman bebas tapi semua itu tidak lama apabila kebenaran mula terungkap bahawa Luqman sudah menjalini hubungan dengan seorang perempuan yang pernah Humaira banggakan sebagai seorang sahabat. Sakit. Itulah yang dia rasakan apabila mereka bahagia di atas penderitaannya tanpa rasa bersalah sedikitpun. Disaat Humaira membawa trauma dan luka yang dihadapinya, muncul seorang lelaki yang cuba merawat luka yang ada, persoalannya, berjaya ke lelaki itu? "Saya nak ajak awak kahwin." - Fawwaz Zayyan "Terlalu awal untuk cakap pasal kahwin." - Humaira Zulaikha Fawwaz Zayyan seorang lelaki yang tulus dan tidak pernah berputus asa. Sanggup melakukan apa sahaja demi menarik perhatian si pemilik hati walaupun si dia tidak pernah melayan. Trauma nya buatkan dia amat berhati-hati untuk memilih lelaki. Semoga korang terus sabar menunggu setiap update dari kami. #HERAEVARA #Cinta - 375 #18 - 24 #2024 - 9 #Wattpad - 294