_VioletQuartz
Bagi Hayder Rian, cinta hanyalah satu penipuan dan kepalsuan. Luka masa lalu membuatkannya tidak lagi percaya pada cinta,apatah lagi pada perempuan. Hidupnya kini hanya berputar sekitar kerjaya, keluarga dan sahabat.
Cinta? Bukan dalam kamus hidupnya.
Namun segalanya berubah dengan kehadiran Izyan Arysaa, gadis yang penuh kasih dan percaya bahawa cinta mampu menyembuhkan segalanya. Dilahirkan dalam keluarga yang bahagia, Izyan Arysaa yakin cinta sejati itu wujud, dan hatinya telah lama tertaut pada Hayder Rian, sahabat abang-abangnya sendiri.
"Izyan sukakan abang."
Pengakuan berani itu ditolak mentah-mentah di depan keluarga mereka sendiri. Tapi Izyan Arysaa bukan gadis yang mudah mengalah, dia berpegang pada prinsip:
Tiga kali meluahkan, jika masih ditolak, dia akan berundur selamanya.
Dua kali cinta ditolak, dua kali hatinya remuk. Kali ketiga, Izyan Arysaa memilih untuk melepaskan. Namun ketika dia sudah berhenti berharap, Hayder Rian pula datang, ingin menebus segalanya dengan ikatan perkahwinan.
Saat bahagia mula mekar, masa silam Hayder Rian datang semula menghantui mereka. Rahsia yang cuba dilupakan kini mengancam segalanya.
Mampukah mereka mempertahankan cinta ini?
Atau adakah bunga peony yang mereka tanam bersama akan layu sebelum sempat mekar menjadi bahagia?
01/12/2025 ~ 07/01/2026