llavhesa
Imza Khalief | Bunga Aramanda
masquerade collection book 2
Kisah perigi yang mencari timba.
Dengar saja nama Queen, semua orang dah tahu siapa. Bunga Aramanda, seorang model terkemuka dan si ratu cantik Malaysia yang berjaya merebut piala sebanyak 3 tahun berturut-turut.
Pada mata orang awam, Bunga ialah seseorang yang terlihat sempurna imejnya. Hanya orang dalam saja yang tahu perangai playgirl Bunga yang tak pernah hilang. Si pemain hati para lelaki.
Yang pastinya, Bunga tak pernah cintakan mereka. Dia melakukan semua itu kerana satu alasan.
Alasan yang hanya Bunga seorang saja tahu.
"Saya datang nak jemput tunang saya. Sila ketepi Cik." Imza Khalief
Lelaki kacak? Bunga adalah seorang yang pantang betul kalau nampak seorang yang begini. Kisah apa kalau dah berpunya pun.
Di mana jua lelaki itu berada, Bunga tidak pernah terlepas daripada cubaan untuk rapat dengannya. Tapi sikit pun si dia tidak kisah, jeling apa tah lagi. Belum pernah ada lelaki yang sanggup tolak Bunga, selalunya mereka akan cair.
Memang sesuai dapat nama Encik Bloody Snow! Ya, salji berdarah. Kerana beku seperti salji dan menoreh hati Queen berkali-kali.
"Buruk sangat ke I sampai you langsung taknak pandang I?" Bunga Aramanda
"Saya tak pernah cakap macam tu pasal Cik Manda." Imza Khalief
"Aku tengok Manda tu suka betul dekat kau, taknak kasi can ke? Cantik pula tu." Dhea Elaura
⚠️ no plagiarism
⚠️ grammar errors, typos
#1st in picked