rixxlys_
Putra Rafael Arden, juruterbang komersial paling muda yang menerima anugerah *Best Young Captain of The Year*. Seorang lelaki yang sentiasa kelihatan tenang, licin berkata-kata, memukau dengan wajahnya yang terlalu sempurna untuk manusia biasa. Semua orang mengenalinya sebagai kapten idaman.
Namun, di balik uniform putih dan senyum profesionalnya, Rafael menyimpan sisi yang langsung tidak diketahui dunia.
Dia ialah pewaris mafia Arden. Sebuah sindiket gelap yang beroperasi di bawah tanah, mengaut kuasa, informasi, dan senjata. Rafael memegang dua kehidupan, satu di atas awan, satu lagi di dasar dunia yang tidak bertuhan.
Di belahan dunia yang lain, Putri Nurelrissa Ardellia, doktor pakar kecemasan yang sentiasa tampak tenang, matang, dan berhati mulia. Dilahirkan dalam keluarga bangsawan terkenal, Putri membawa nama besar yang dihormati seluruh negara.
Namun, jauh di sebalik sisi lembutnya, Elrissa menyembunyikan trauma yang memusnahkan separuh hidupnya. Kisah silam yang membuatkan dia membina dinding setebal batu, tidak percaya pada sesiapa, dan berlari dari sesuatu yang memburunya sejak bertahun-tahun.
Pertemuan pertama mereka bukanlah kebetulan.
Ia dirancang.
Tetapi siapa yang merancangnya?
Ketika kes-kes pembunuhan misteri berlaku, dunia Rafael dan Elrissa mula bertemu, terjerat dalam konspirasi besar. Sehelai demi sehelai rahsia terungkap, dan mereka mula menyedari bahawa masa lampau mereka... sebenarnya saling berkait.
Rafael mahu melindungi Elrissa.
Elrissa mahu menjauhi Rafael.
Namun dunia gelap yang sedang mengejar mereka tidak memberi pilihan. Mereka terpaksa bersekutu. Antara cinta, dendam dan rahsia berdarah yang selama ini ditutup mati.
Dan ketika kebenaran terakhir terbongkar...
hubungan mereka tidak akan pernah sama lagi.
- Sorry kalau ada typo.