Pulseoftrust Stories

Refine by tag:
pulseoftrust
pulseoftrust

1 Story

  • PULSE OF TRUST  by zaraashahira
    zaraashahira
    • WpView
      Reads 14
    • WpPart
      Parts 22
    Aku takkan biarkan tangan yang gagal selamatkan ayah aku, sentuh satu-satunya nyawa yang aku ada sekarang." - ADRIAN KHALID. Bagi Adrian, hospital adalah tempat yang penuh dengan kenangan pahit. Kematian ayahnya di meja bedah sepuluh tahun lalu meninggalkan luka mendalam dan dendam yang membara terhadap dunia perubatan. Dia membesar menjadi lelaki yang dingin, egois, dan hanya percaya pada kuasa wang. Namun, takdir mempunyai rencana lain apabila ibunya, Puan Aminah, diserang sakit jantung yang kritikal. Hanya ada satu tangan yang mampu menyelamatkan nyawa ibunya: DR. SHERRA ALISA. Sherra, seorang doktor pakar jantung yang bukan sahaja cekap, malah memiliki jiwa yang kental. Dia tidak tunduk pada ugutan Adrian, dan dia tidak gentar dengan gelaran "Singa" yang dibawa lelaki itu. Baginya, setiap detak jantung adalah amanah, bukan taruhan ego. Pertemuan yang bermula dengan kebencian mula bertukar rentak apabila rahsia lama mula terbongkar. Adrian sedar, musuh sebenar bukanlah doktor yang membedah ayahnya, tetapi bayang-bayang masa lalu yang sengaja dicipta untuk menghancurkan mereka. Di saat kepercayaan mula tumbuh, nyawa mereka sekali lagi dipertaruhkan. Mampukah Sherra merawat hati Adrian yang sudah lama mati? Atau adakah takdir akan merenggut kebahagiaan mereka sekali lagi sebelum sempat jantung mereka berdetak seirama? "Dalam setiap denyutan nadi, ada janji yang perlu ditepati. Dan dalam setiap hela nafas, ada kepercayaan yang perlu dibuktikan."