ANNSYEERA
Habib Ar-Raf, dia dibenci kerana sebuah kes. Namun dicintai setulus hati oleh abangnya. Yang sanggup melakukan apa saja demi kesenangan dia.
Raf akhirnya mengasingkan diri. Dia tidak lagi seceria seperti dahulu kala. Jika dulu dia tiada kawan untuk diajak bermain, sekarang dia sendiri tidak mahu berkawan. Hari hari dia jalani seperti tiada tujuan yang tetap. Harinya sentiasa kosong.
Sehinggalah..
"Embun Davira. Sedap nama kau." Disebalik facemask hitamnya, dia tersenyum saat nama itu disebut. Satu-satunya kawan yang dia rasa selesa.
"Ya, Raf. Awak seorang sahaja yang cakap nama saya sedap. Orang lain kata nama saya pelik." Embun juga sama. Mereka selesa berkawan kerana dirasakan nasib mereka sama. Dunia tak pernah menyebelahi mereka.
Raf mula ubah rutin hariannya. Setiap hari dia akan usahakan untuk berjumpa dengan Embun. Dia mahu berbual dengan gadis itu. Dia suka dengan perwatakan Embun yang lembut dan sopan.
Embun juga tak pernah meminggirkan dirinya. Embun baik.
Namun, semuanya tidak semudah yang Raf sangka. Hubungan mereka retak sebelum Raf mengungkapkan rasa hatinya kepada Embun.
"Embun Davira... Kau percayakan aku, kan? Aku.. aku..."
°• Khabar angin yang mengubur benih kepercayaan •°
Start : 5 October 2025
End :