eyvllavhesa
masquerade series book 2
Imza Khalief ft. Bunga Katryna
[ wrong | chris grey ]
Bunga Katryna ialah Queen. Ratu tercantik Malaysia yang sudah berjaya merampas semua piala pada setiap tahun. Dan orang sepertinya, mestilah tak lepas daripada menjadi bahan gosip untuk semua rakyat wanita di luar sana yang kerjanya mendengki sahaja.
Tapi..Bunga baik sebenarnya. Tali leher longgar dia ikatkan, peluh pada dahi dia lapkan. Orang tengah sunyi? Bunga akan lilitkan tangannya pada leher mereka.
"Perempuan gedik. Semua jantan kau nak terhegeh-hegeh."
Pada mata orang, Bunga ibarat batu yang tiada nilai kerana tangan ni gatal nak sentuh lelaki sana sini.
Ah, kisah pula dia. Yang Bunga tahu mereka tak pernah boleh cakap dirinya hodoh sebab dia memang cantik. Nama pun Queen. Ahaks. Poor ugly.
"Saya datang nak jemput tunang saya. Sila ketepi cik."
Oh my, kacak gila! Nak jemput siapa? Bunga? Eh!
"I bukan tunang you, tapi I Bunga. Bunga yang bakal memekar dalam hati-"
"Bunga apa? Bunga tahi ayam?"
Ja...jahat! Bunga cantik jelita ayu halus mulus macam ni lelaki itu cakap tahi ayam? It's Queen okay! Belum pernah ada yang berani kutuk Bunga. Depan-depan pula tu.
This is totally a crime!
Sangkanya hanya sekali itu sahaja dia dicemuh, tup tup ini dah kali ke-21 Bunga ditolak dan dilayan macam habuk saja. Entah-entah habuk pun dapat perhatian lelaki ini berbanding Bunga. Hei mamat salji merah ni fikir dia siapa?
Ya salji merah! Salji kerana perangai bekunya dan darah kerana dia dah menoreh hati Queen berkali-kali. Berbekalkan akal panjang, jangan harap Bunga akan berdiam diri. Siap kau salji! Kalau Bunga tak boleh dapat dia, Bunga akan pastikan tak ada perempuan dapat dekat dengan dia.
Sehingga pada satu hari dia datang dengan selambanya. Memang Bunga bersedia hebat lah kalau dia nak maki dirinya lagi.
"Marry me."
[PICK ME GIRL, LIGHT ROMANCE]
⚠️ no plagiarism
⚠️ grammar errors, typos
⚠️ pick me area
⚠️ daddy issues
#1st in picked
#1st in