Naeltha
Karya Ketiga,
Cinta Khayalan
📜 Nota: Karya ini adalah daripada saya sepenuhnya. Hak cipta terpelihara. Plagiat merupakan kesalahan serius dan dilarang sama sekali‼️📢
___________________________________________________
Sayf Atheel dan Jedda Samayra pernah menyulam niat untuk membina sebuah ikatan suci sejak di bangku sekolah. Namun, segala rasa itu seolah-olah pudar daripada jiwa tatkala sebuah peristiwa menghadiahkan nestapa pada hati yang kian lemah dihujani dugaan.
Jedda menanggung segalanya sendiri. Mengherdik diri yang dirasakan tidak lagi layak dicintai, menyalahkan takdir atas segala yang berlaku. Bagaikan ajaib, Sayf sudi menggalas segalanya atas nama cinta yang tidak pernah layu meski segalanya telah berubah.
Meski kekasihnya sudah berubah seratus lapan puluh darjah.
Setiap kali Jedda menghina dirinya, Sayf sentiasa meyakinkan bahawa segala yang terjadi adalah ketentuan Ilahi. Sehinggalah mereka ditimpa musibah yang seakan-akan mahu merenggut sisa bahagia yang masih mereka miliki.
Jedda semakin menjauh, Sayf pula buntu dengan segala yang terjadi.
Maka, masihkah ada kesempatan untuk segalanya bermula semula?
Atau cinta mereka akan karam di tengah lautan, bersama badai yang tidak pernah surut menimpa kapal?