_moon_heart_
Arthur Alderidge, seorang Prince Alpha, dibesarkan untuk memerintah dengan logik, disiplin, dan rasional. Baginya, emosi adalah kelemahan yang tidak boleh dibawa ke takhta.
Alaric Evercrest, Prince Luna, hidup berpandukan hati-intuisi, empati, dan perasaan membimbing setiap pilihannya.
Dua putera, dua dunia yang berbeza-namun tertarik antara satu sama lain tanpa mereka sedari.
Apabila takdir memaksa mereka menjalani bonding yang tidak pernah dipilih, mereka menerimanya dengan ikhlas kerana cinta telah pun bersemi.
Namun kebahagiaan tidak datang mudah. Rahsia, cabaran, dan halangan menanti, menguji kepercayaan, kesetiaan, dan keberanian mereka.
Di dunia yang dikawal oleh tanggungjawab dan takdir, adakah mereka mampu mengatasi semua ujian untuk mencapai kebahagiaan yang mereka dambakan?