SarahNoir_21
"Dia tak perlukan penjaga. Dia cuma perlukan alasan untuk terus hidup."
Inara Safiyya, gadis biasa yang terbeban dengan hidup yang tak pernah memberi ruang untuk bernafas. Bila satu peluang kerja datang - menjadi penjaga peribadi kepada seorang lelaki dewasa yang dikatakan menghidap autism - dia tidak fikir panjang. Dia perlukan duit. Dia perlukan hidup yang lebih stabil.
Tapi hidup bersama Zayn Idris bukan seperti yang dia bayangkan.
Zayn terlalu teratur. Terlalu tenang. Terlalu... sedar dengan sekeliling. Dan setiap kali Inara cuba mendekati, lelaki itu seperti mengunci pintu hatinya - bukan kerana autism, tapi kerana sesuatu yang lebih dalam dan gelap.
Dan dalam diam, Inara mula menyedari...
"Aku yang sepatutnya menjaga dia... tapi entah sejak bila, aku yang dijaga oleh dia."
Namun apabila masa silam Zayn mula menghantui hari-hari mereka, Inara terperangkap antara dua pilihan - menyelamatkan hatinya daripada jatuh terlalu dalam, atau menerima takdir yang perlahan-lahan dia peluk dengan redha.
"Kalau berpura-pura ini buat saya selamat... sanggupkah awak tinggalkan saya bila saya mula jadi diri sebenar?"