hyalisa
Nana, anak kelahiran Puan Zana dan Encik Farris tidak pernah diberikan kasih sayang yang Nana patut terima. Malah didera tubuh badan oleh bapanya ketika kecil, dan dibesarkan dengan penderaan emosi.
Sungguh Nana sedih diperlakukan sebegitu oleh ibu bapanya sendiri. Dia tidak mempunyai adik beradik yang lain untuk berkongsi suka dan duka. Dan tanpa ibu bapa Nana sedar, dengan penderaan emosi itu juga mereka mengubah Nana.
Nana menjadi semakin agresif dan psiko. Nama panggilan Nana juga diubah menjadi Rena. Perubahan Nana yang drastik itu membuatkan ibu bapanya rasa bersalah dan semakin risau.
Adakah Nana menjadi sopan dan manis seperti dahulu? Atau ibu bapa Nana meminta ahli keluarga yang lain menjaga Nana kerana mereka tidak mahukan Nana lagi?