moonadyne
Yasmeen Marilynn Blackwood membesar dalam dunia yang kelihatan sempurna, nama besar, kehidupan teratur, dan seorang ayah yang terlalu melindungi. Selepas kematian ibunya, hidup Yasmeen hanya berputar di sekitar kehendak papa yang tidak pernah bertanya apa yang dia mahukan.
Yusuf Rayyan Kingsley pula hadir sebagai satu-satunya ketenangan. Seorang lelaki yang memahami tanpa banyak bicara. Dalam diam, mereka saling menjadi tempat pulang sehingga satu hari, Yusuf hilang tanpa sebarang penjelasan.
Tiada perpisahan.
Tiada peluang untuk bertanya.
Hanya sebuah nota yang ditinggalkan... dan janji yang tergantung di udara.
Yasmeen tidak tahu bahawa pemindahan Yusuf bukan sekadar keputusan biasa. Ia adalah hasil dendam lama antara dua lelaki berkuasa, Richard Faris Blackwood dan Hassan Edward Kingsley bekas ketua dunia gelap yang pernah bersumpah untuk tidak lagi bersilang jalan.
Dalam dunia di mana masa silam masih bernafas, Yasmeen dan Yusuf terpaksa belajar tentang kehilangan, kesetiaan, dan cinta yang dipisahkan oleh dosa orang terdahulu.
Kerana ada perpisahan yang bukan berlaku kerana cinta berakhir,
tetapi kerana rahsia yang terlalu berat untuk ditanggung.
" ɪꜰ ꜰᴀᴛᴇ ɪꜱ ᴄʀᴜᴇʟ ᴇɴᴏᴜɢʜ ᴛᴏ ꜱᴇᴘᴀʀᴀᴛᴇ ᴜꜱ...
ᴛʜᴇɴ ɪ'ʟʟ ʙᴇ ʙʀᴀᴠᴇ ᴇɴᴏᴜɢʜ ᴛᴏ ᴡᴀɪᴛ."
No plagiat is allowed.
Ada banyak kesalahan bahasa 🫠.
Kalau dah baca boleh vote dan comment ya 🫰🏻.