Seksaan Histoires

Affiner par mot-clé :
seksaan
seksaan

2 Histoires

  • NERAKA CIPTAAN ARYAN KHALID (OG) par nurfartin
    nurfartin
    • WpView
      LECTURES 313
    • WpPart
      Chapitres 4
    Bagi Zarra, perkahwinannya dengan Aryan Khalid bukanlah sebuah impian, melainkan sebuah penjara tanpa kunci. Aryan bukan sekadar suami, tetapi pemilik yang taksub dan kejam. Di sebuah pulau terpencil yang jauh dari pandangan dunia, Zarra dipaksa menelan penderitaan dihina, diseksa, dan dipisahkan dari segala harapan. Kematian Farid, satu-satunya lelaki yang melindungi Zarra, di tangan Aryan menjadi kemuncak kegelapan hidupnya. Di dalam bilik bawah tanah yang dingin, Zarra melahirkan kembar tiga: Faiq, Faris, dan Farah. Mereka membesar sebagai saksi bisu setiap titis darah dan air mata sang ibu, di bawah telapak kaki seorang bapa yang tidak mahu mengakui kewujudan mereka. Lapan belas tahun berlalu, masa merubah segala-galanya. Aryan yang dahulunya 'singa' kini mulai rapuh dimakan usia dan dosa. Zarra pula, di sebalik parut yang kekal, memilih untuk memaafkan raksasa yang dicintainya itu dalam satu ikatan cinta yang sukar difahami dunia luar. Namun, dendam yang ditanam selama belasan tahun mula membuahkan hasil. Faiq dan Faris sudah bersedia untuk meruntuhkan empayar Papa mereka, manakala Farah terus terperangkap dalam trauma yang membuatnya takut pada bayang-bayang lelaki. Dendam atau kemaafan? Di sebalik dinding banglo mewah itu, sebuah rahsia besar masih tersimpan bahawa dalam sebuah sangkar emas, kebebasan yang paling besar adalah apabila hati mampu melepaskan benci, walaupun luka masih lagi berdarah.
  • Andai Awak Jodoh Saya 💜 par suhachomels
    suhachomels
    • WpView
      LECTURES 995
    • WpPart
      Chapitres 3
    Hangatnya Kasihmu Menyelimut Hatiku Yang Dingin... Qistina Aliya kehilangan kasih ibu bapanya sejak kecil lagi . Lantas , dia dibesarkan oleh keluarga angkat . Namun , Aliya bersyukur dengan limpahan kasih sayang , keikhlasan dan persahabatan yang mengindahkan hari harinya . Perkenalan dengan Jimmy Hughes sejak zaman persekolahan membenihkan rasa cinta di hati Aliya. Biarpun banyak perbezaan diantara mereka , Aliya dan Jimmy mengimpikan kebahagiaan hidup bersama . Kerana cinta , Aliya tekad untuk menamatkan zaman gadisnya pada usia yang cukup muda . Tatkala keindahan cintanya dengan Jimmy diusik dugaan , Aliya dikejutkan pula dengan pengakuan Ammar Danial , seorang jejaka yang obses tentang cinta . Dia berharap cintanya pada Aliya akan berbalas sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki gadis itu . Aliya sedar , biarpun sukar dia perlu terus melangkah . Namun , mampukah Aliya melupakan segala kenangannya dengan Jimmy dan membuka lembaran baru dengan Ammar ?