Cikyam0603
Pada pukul 3.48 pagi, aku terjaga di rumah lama kami di Kampung Bunohan kerana terdengar suara zikir dan bacaan al-Quran.
Aku kembali menjadi remaja. Mak masih ada. Ayah masih mengaji. Rumah lama kami masih seperti dahulu.
Semuanya terasa nyata.
Sehinggalah aku menemui sesuatu yang tidak sepatutnya ada di rumah Kak Yah. Orang-orang asing. Perkara yang membuatkan aku marah dan takut anak-anak saudara terpengaruh.
Namun, ketika aku kembali ke rumah ayah, satu perkara tiba-tiba menyentak fikiranku.
Kan mak dah mati?
Pada saat itulah aku sedar...
Aku sedang bermimpi.
Masalahnya, aku tidak mampu bangun.
Dan satu-satunya jalan yang aku temui untuk kembali ke dunia nyata ialah dengan berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, bangunkan aku. Aku nak solat Subuh."
Beberapa saat kemudian, aku membuka mata.
Jam menunjukkan 6.11 pagi.
Tetapi persoalannya...
Mengapa mimpi itu terasa begitu nyata?
Dan mengapa perkara terakhir yang aku ingat sebelum terjaga ialah wajah mak?