Seriindera Histoires

Affiner par mot-clé :
seriindera
seriindera

1 Histoire

  • The Empire Seri Indera par _LyraAmethyne_
    _LyraAmethyne_
    • WpView
      LECTURES 14
    • WpPart
      Chapitres 1
    SINOPSIS Seri Indera kini kehilangan seri apabila tiga orang puteri kembar telah hilang disebabkan angkara seorang nenek kebayan yang mempunyai kuasa mistik. Dia mampu memusnahkan seluruh kerajaan itu. Mengapakah beliau sanggup melakukan perkara tersebut?. Batu berlian Seri Indera berbentuk hati, Ia terpecah kepada tiga, Kerana angkara dendam kesumat di hati, Terpisah jua ikatan saudari si kemba tiga. "Siapa kau sebenarnya dan apa tujuan kau ikut aku daripada tadi semenjak aku pulang dari sekolah?." "Patik adalah orang kanan rahsia Permaisuri Kerajaan Seri Indera. Patik mengekori tuan puteri kerana ingin bertemu dengan tuan puteri. Malah, hasrat patik juga ingin membawa tuan puteri pulang ke pangkuan keluarga tuan puteri." "Kau merepek apa? Gila?." "Aku tak kenal pun kau. Sekarang ni kau nak bercerita pasal kerajaan lama yang hilang tu. Aku belum bendul lagi lah nak percaya cakap kau tu." Kerajaan Seri Indera sebuah kerajaan yang hilang pada berabad lama pernah jadi buah mulut orang-orang zaman dahulu. Namun, bagi generasi sekarang sudah tentu mereka tidak mempercayainya walaupun ada seorang menjumpai tempat peninggalan lama yang tersembunyi di balik bukit. "Melur, apa kata cuti sekolah ni kita hiking bukit dan alang-alang masuk sekali tempat peninggalan lama dalam hutan tu." - Taufiq "Aku tak mahu ikutlah, Taufiq. Mak aku cakap dekat tempat peninggalan lama tu keras. Kang kalau kita pergi sana, tak pasal-pasal kita tak boleh balik." - Damia "Kau ni Damia. Mulut boleh tak jangan celupar sangat. Kalau kau tak mahu ikut kami pergi sana. Itu kau punya pasal. Kami ajak aje." - Zara Tempat peninggalan lama, Melur dan rakan-rakannya akan pergi?. Adakah benar Kerajaan Seri Indera telah hilang secara ghaib?.