MysteryJenn
Dia hadir bukan sebagai janji, tapi sebagai rasa. Hanya hadir bila dia mahu, pergi bila dia bosan. Aku pula, setia di tempat yang dia selalu tinggal dalam diam, dalam rindu yang tak pernah selesai. Dan kini aku bertanya, setelah segala rasa yang dia tanam... mengapa dia tinggalkan aku di tengah gelap tanpa arah?
Ini kisah tentang seorang gadis yang cuba mencari siapa dirinya selepas patah hati yang tak diberi nama. Bukan soal cinta yang berakhir, tapi tentang perasaan yang tak pernah diberi kepastian.