Smmh truyện

Lọc theo tag:
smmh
smmh

2 Stories

  • NJ. Ini Kisah Kita.  bởi Tulip_Haura0629
    Tulip_Haura0629
    • WpView
      LẦN ĐỌC 4,591
    • WpPart
      Các Phần 54
    NJ. Ini Kisah Kita. Macam mana kita bermula? Bermula dari dua kehidupan yang berbeza, tapi dipertemukan dalam satu perkenalan kecil dan kisah 'kita' pun bermula. NJ? tu short from nama aku ke nama kau? - Nuh Tak kisah la mana-mana pun.. Nak guna nama tu, guna jelah! - Nia So, barang-barang ni aku punya lah kan? sebab ada tulis NJ. Nama aku NJ- Nuh Hish.. ni saya punya lah. Jangan pandai-pandai nak sentuh barang saya atau nak ambil barang saya.. saya tak sukalah! - Nia. Tadi kau kata tak kisah! - Nuh Itu kisah mereka. Bermula dari zaman Nia comot hinggalah Nia berubah jadi cantik. Bab kata Nuh; Ni.. Nia, si itik hodoh dulu kan? Wow.. sekarang dah bertukar jadi Swan - Nuh Mulut tu memang dari dulu, tak pernah ada insurans kan? Kalau saya dah bertukar jadi Swan pun, ada saya ganggu hidup awak ke? tak ada kan? - Nia Memang lah tak. Tapi..... rasa macam rugi lah pulak kalau biar Swan ni terbiar sorang-sorang kat sini - Nuh Huh, whatever! - Nia Gaduh dan gaduh. Itu rutin dan hobi Nuh Jazmin dan Nia Jasmine. Tiba-tiba mereka terperangkap dalam 'satu kisah' untuk mereka terus kekal bersama. Status asal Nuh itu cuma abang angkat dan Nia itu adik angkat. Tapi bila status tu bertukar Nuh jadi cikgu dan Nia jadi pelajar, Nia mula rasa Nuh akan mengharubirukan hidupnya. Dalam benci dan geram bermukim di dada, sekali lagi status itu berubah, sekelip mata Nuh itu suaminya dan Nia jadi Isterinya.. makin bertambah haru hidup Nia.. ~Cuma satu kisah. Kisah kau dan aku!~
  • KARMA SETIA (E-BOOK) bởi Tulip_Haura0629
    Tulip_Haura0629
    • WpView
      LẦN ĐỌC 173
    • WpPart
      Các Phần 12
    BLURB : Elsa Khalida, Memiliki suami yang kaya-raya dan disegani ramai, bagi Elsa itulah definisi kesempuranaan yang sebenar untuk para isteri. Dan dia bertuah kerana memiliki kesempuranaan yang didambakan itu. Tambah lagi, suaminya setia disisi dan tidak merungut meskipun mereka belum di kurniakan cahaya mata sebagai tanda pengikat kasih mereka, membuatkan dirinya berlipat kali ganda beruntung. Dengan pakej suami yang dimiliki dan juga statusnya sebagai founder produk kecantikan, dia merasakan kebahagian yang di capai ini sangat sempurna dan gah di mata khalayak ramai. Pada ulang tahun perkahwinannya yang ke-10, tiba-tiba muncul surat layang dari Encik X untuknya. Semenjak dari itu hidup Elsa tidak lagi tenang dan lenang seperti biasa. Elsa resah tatkala satu persatu kisah silamnya dibongkarkan oleh Encik X. Resah dan akhirnya dia tersesat dalam bayang-bayang sendiri. Eidress Khalel, Bukan kemewahan yang dikejar tapi kebahagiaan jiwa yang didambakannya. Berkenalan dengan Anggun Nayla, memenuhi rasa yang didambakannya. Hari demi hari kasihnya terhadap gadis itu semakin mekar sehingga dia menawarkan sesuatu kepada Anggun tanpa melepaskan apa yang sudah dia miliki. Antara cinta atau setia, dia tidak perlu memilih salah satu kerana dia memerlukan keduanya. Tapi adakah dia perlu melepaskan salah satu apabila terbukanya 'satu pintu rahsia'? Elsa Khalid, Eidress Khalel dan Anggun Nayla terperangkap dalam satu permainan 'karma'. Tatkala satu persatu dibuka, ada yang jatuh terduduk. Semuanya kerana 'KARMA'.