byeolsyaaa_5
Dalam kegelapan malam Seoul, So Junghwan, ketua muda mafia yang digeruni, ditembak musuh lalu hampir menemui ajal. Tanpa disangka, dia diselamatkan oleh Nelly Kim, gadis kacukan Korea-Canada yang sedang bergelut dengan kesunyian selepas kehilangan ibu bapanya.
Pertemuan tanpa diduga itu mengikat mereka dalam rahsia berdarah. Nelly mula dihantui persoalan: siapa sebenarnya lelaki misteri yang dia selamatkan? Sedangkan Junghwan pula berperang dengan dirinya sendiri antara menjaga rahsia dunianya yang berbahaya atau melindungi gadis polos yang tanpa sengaja menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Di celah konflik, hadir Park Jeogwoo, orang kanan yang setia tapi penuh curiga pada Nelly, dan Watanabe Haruto, rakan universiti Nelly yang rupanya salah seorang anak buah Junghwan.
Dalam dunia yang penuh pengkhianatan, peluru, dan darah, mampukah cinta bertunas? Atau segalanya hanya akan berakhir dengan kehilangan sekali lagi?