prvttrisyia
"Ingat, Aurora. Kita kahwin bukan sebab terpaksa, tapi kerana paksaan."
- Hud Aryan
Satu kemalangan tragis menimpa Aurora Amelda, lalu mengubah seluruh hidupnya dalam sekelip mata.
Gadis kampung yang pernah berjuang mengubah nasib keluarganya kini hanya mampu terlantar di katil hospital. Harapannya untuk kembali berjalan semakin tipis.
"Ibu... tolong ibu. Mel masih perlukan ibu!"
- Aurora Amelda
Namun, penderitaan Aurora tidak berhenti di situ. Satu demi satu perkara yang paling bermakna dalam hidupnya diragut - keluarga, sahabat, kerjaya, malah suami yang sepatutnya menjadi tempat dia bersandar.
"Tak guna! Semua ini salah perempuan itu!"
- Aurora Amelda
Tetapi siapakah perempuan itu?
Adakah kemalangan yang menimpa Aurora hanyalah takdir yang tidak dapat dielakkan, atau sebenarnya sebuah rancangan yang telah disusun dengan teliti?
Dan mampukah Aurora menemui cinta daripada seorang suami yang sejak awal tidak pernah menginginkannya?
"Darah dibayar dengan darah. Aku akan pastikan hidup kau merana sebelum kematian menjemputmu."
- Unknown
Apabila dendam mula menguasai hati, Aurora terpaksa memilih - bangkit semula atau terus tenggelam dalam kegelapan yang semakin menghancurkan dirinya.
Peluang Kedua - sebuah kisah tentang kehilangan, pengkhianatan, dendam dan cinta yang hadir ketika segalanya hampir musnah.