NorAshiraNazeri
24 September 2020. Tarikh yang tak pernah gagal buat hati Sunoo rasa hangat. Kerana hari itu, sejak tiga tahun lalu, menjadi hari istimewa antara dia dan Ni-ki-hari yang mereka gelar SUNKI DAY, hari yang mereka simpan hanya untuk mereka berdua.
Mereka tak pernah umum pada sesiapa. Bukan hari lahir, bukan anniversary rasmi, tapi... hari yang mereka berjanji akan luangkan masa hanya untuk satu sama lain. Walaupun dunia memandang, kamera mengejar, hati mereka tetap bertaut dalam diam.