RAXZEN
Sejak kecil, kesesakan dan keramaian bukanlah sesuatu yang diminati oleh Hazem Arzhel. Ditinggalkan seorang diri oleh bapanya tanpa sengaja bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.
"Papa tak kan tinggalkan Zhel lepas ni. Papa janji! " - Dylan Arzhal
Firasha Myreen pula sukar untuk mencari rakan yang ingin berteman dengannya, akhirnya dia lebih memilih gula-gula tangkai sebagai sahabat walaupun ditegah oleh abangnya.
"Adik, gula-gula tu tak baik untuk kesihatan! " - Firash Mikael
Menginjak dewasa, Firasha akhirnya mempunyai seorang kawan yakni anak jirannya yang sentiasa tersenyum manis. Namun, proses kedewasaan kadang-kala boleh mengubah status sesuatu hubungan.
"Aku sebenarnya minat dekat kau, Fira... " - Erfan Hafiz
Berbeza dengan Arzhel, ulang tahunnya ke-28 tahun itu disambut dengan kek dan rahsia baharu. Semenjak sepupunya pulang dari Jerman, pelbagai perkara yang negatif pula timbul oleh budak bertuah itu.
"Happy birthday my cousin! Hari ni aku dapat datang jumpa kau, cuma lepas ni... aku sibuk, ada kerja sikit. " - Arzen Denyro
Mampukah hubungan Firasha dan Erfan berkekalan? Bolehkah Arzhel menggunakan semua pengaruhnya untuk menyiasat 'kerja' Arzhen?