We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.

Syazrenes Stories

Refine by tag:
syazrenes
syazrenes

1 Story

  • ANDAI AKU ADALAH DIA by syzrns
    syzrns
    • WpView
      Reads 6
    • WpPart
      Parts 1
    Zahra Anderson Di mata orang ramai, dia adalah wanita yang dingin, angkuh dan sukar didekati. Kata-katanya tajam, wajahnya jarang dihiasi senyuman. Namun tiada siapa tahu bahawa di sebalik topeng keras itu tersembunyi hati yang lembut dan penuh belas kasihan. Sejak kecil, hidupnya tidak pernah menjadi miliknya sendiri. Setiap langkah diatur, setiap keputusan ditentukan oleh orang lain. Lalu dia belajar menyembunyikan luka di sebalik sikap yang disalah ertikan sebagai kejahatan. "Stay away from my family, or you'll regret it" - ZAHRA ANDERSON Tengku Khairil Muaz Seorang lelaki yang hidupnya berputar di sekeliling kerja. Wajahnya sentiasa tenang dan sukar ditafsir, seolah-olah tiada apa yang mampu menggugat emosinya. Dia jarang tersenyum, apatah lagi berbicara panjang. Namun di sebalik sikap dingin dan pendiam itu, tersimpan hati yang setia serta rasa tanggungjawab yang tidak pernah luntur. "Tak pernah aku jumpa perempuan sekeras kepala macam kau" - TENGKU KHAIRIL MUAZ Dalam pertemuan yang tidak dirancang, mereka mula belajar bahawa tidak semua yang kelihatan dingin itu tidak mempunyai hati. Dan tidak semua yang kelihatan jahat itu benar-benar jahat. "Sepanjang hidup aku, kerja sentiasa menjadi keutamaan. Sampai aku bertemu dengan kau. Buat pertama kali, ada seseorang yang lebih penting daripada semua itu. Jadi... sudikah kau menjadi isteri aku?" Di saat mereka akhirnya menemui kebahagiaan yang selama ini dicari, dunia seakan-akan berkonspirasi untuk memisahkan mereka. Antara tanggungjawab, pengorbanan dan rahsia yang tersimpan, mereka terpaksa memilih jalan yang akan mengubah hidup mereka selamanya. Persoalannya, adakah mereka akan berakhir bersama sebagai pasangan yang bahagia, atau sekadar menjadi kenangan yang tidak pernah mampu dilupakan?