Langtera
Syabinar Arzuwa tak pernah merasa kesusahan ataupun kekurangan. Hidupnya sempurna bagaikan kehidupan di istana. Apa sahaja yang diminta, pasti dia dapat.
Dia tak pernah mencari cinta. Bukan apa, kerana mahukan jodoh yang kacak, dia sanggup menolak cinta sesiapa sahaja.
Mampukah seseorang menambat hati seorang insan yang bernama 'Syabinar' ini?
Luqael Nazrin, seorang lelaki dengan rupa paras menawan yang menolong bisnes ayahnya di pasar malam. Sifatnya yang sedikit pendiam membuatkan dia sukar untuk digapai.
Bagaimana jika dia dipertemukan dengan Syabinar yang jeli mata terhadap lelaki kacak?
"Dekat sini kami jual sate dengan lokcing. Cik adik nak apa?" - Luqael Nazrin -
"Nak abang." - Syabinar Arzuwa -
Bagaimana jika hati yang sudah lama terkunci itu akhirnya terbuka disebabkan cinta pandang pertama?
"Kalau saya beli banyak-banyak, dapat penjual dia sekali tak?" - Syabinar Arzuwa -
"Saya tak jual diri saya dan saya bukan freegift." - Luqael Nazrin -
Orang-orang berkata, hati yang beku juga pasti akan cair pada akhirnya.
"Sudikah awak menyempurnakan separuh daripada iman saya?" - Luqael Nazrin -
Hidup tak semudah itu. Kadangkala ada masanya kita berbahagia, kadangkala ada juga masa kita sengsara.
"Jaga diri, sayang." - Luqael Nazrin -
Apakah yang terjadi?
Start : 1/2/2026
End : -