misryrah
{ Tengku Arash Iskandar | Zafeera Elara }
Mengisahkan tentang Zafeera Elara, seorang gadis yang tegas, berdikari dan berprinsip, yang berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah. Kehidupannya yang sederhana dan teratur membuatkan dia lebih selesa berdiri atas usahanya sendiri tanpa bergantung kepada sesiapa.
Berbeza pula dengan Tengku Arash Iskandar, seorang CEO muda yang kacak, berkarisma dan memiliki rangkaian perniagaan yang berkembang di seluruh dunia. Nama serta ketampanannya sering menjadi bualan dan kegilaan ramai wanita. Namun, semua itu langsung tidak memberi kesan kepada Zafeera.
Pada pandangan Zafeera, Tengku Arash hanyalah seorang lelaki kaya yang sombong, sinis dan menjengkelkan. Setiap kali mereka bertemu, pasti ada sahaja pertelingkahan yang tercetus. Namun, takdir mempunyai rancangan tersendiri. Di sebalik kebencian yang membara, tersimpan rahsia dan perasaan yang perlahan-lahan mula mengubah hubungan mereka.