Thechapterbookstore Stories

Refine by tag:
thechapterbookstore
thechapterbookstore

4 Stories

  • TOLONG TUISYENKAN HATI SAYA! by thechapterbookstore
    thechapterbookstore
    • WpView
      Reads 1,336
    • WpPart
      Parts 10
    Gara-gara kena hantar anak buahnya pergi ke kelas tuisyen, Sein Adam telah menemukan Shakrin Shasha. Sein dapat merasakan yang Shakrin merupakan jodohnya. Malangnya... Shakrin bukan anak orang sembarangan. "Oh, pak dia tu cikgu ka?" "Haah. Cikgu hang juga tu. Cikgu Shaari." "CIKGU SHAARI?!!! Cikgu Shaari yang orang..." "Ha... Cikgu Shaari yang hang selalu tak setuju hati dengan dia tu dulu. Dia baru balik mai sini. Dah pencen." Sein Adam tidak pernah menyangka suatu hari nanti dia akan jatuh cinta dengan anak musuh ketatnya. Kalaulah Sein tahu yang Shakrin tu adalah anak Cikgu Shaari, daripada kecil lagi Sein tak akan cari pasal dengan Cikgu Shaari tu! Tapi... Yang namanya jodoh itu, bukanlah sesuatu yang mudah. Lagilah nak menebak hati Cikgu Shaari. Nak tuisyenkan budak sekolah rendah, mudahlah. Nak tuisyenkan hati Cikgu Shaari... huh! Pelbagai cara Sein cuba buat untuk berbaik-baik semula dengan Cikgu Shaari. Lagilah dalam bulan Ramadan, bulan yang mulia... Tetapi, selalu aje niat Sein disalahertikan. Namun, Sein tidak mengaku kalah. Dia cuba untuk tuisyenkan hati Shakrin pula. Cik Selma, mak Sein pula berkenan nak jodohkan Shakrin dengan Seth Azam, abang Sein. Bertambah malang bagi Sein apabila pinangan maknya itu... dipersetujui Cikgu Shaari. Adakah Sein masih ada peluang untuk mendapatkan Shakrin? Atau, dia terpaksa tuisyenkan hatinya sendiri untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik dia. Lagipun... Tuhan kan tak pernah silap dalam menyusun takdir!
  • GENG TADARUS MAK JAH by thechapterbookstore
    thechapterbookstore
    • WpView
      Reads 9,008
    • WpPart
      Parts 6
    Tak rugilah percintaan putus di tengah jalan... kalau kita reda dengan ketentuan yang sudah ditakdirkan. Allah akan gantikan kekecewaan kita dengan sesuatu yang kita sendiri tak jangka. Memang tak jangka betul lah... gara-gara mak suruh vakum permaidani, ada empat orang mak cik dari geng tadarus mak bertanyakan tentang aku untuk anak mereka. Empat orang tu pula lengkap dengan empat ciri utama dalam Islam untuk mencari calon isteri. Ada yang kaya, ada yang cantik, ada yang datang dari keturunan yang baik-baik dan juga yang beragama. Dalam empat calon tersebut, salah satunya, merupakan calon pilihan mak. Sekiranya, aku tak membuat pilihan sehingga berakhirnya bulan Ramadan, mak akan pinangkan calon pilihan dia. Masalahnya... belum sempat aku nak buat pilihan, empat calon dah jadi lima calon. Laila, kekasih lama kembali semula. Cabaran untuk membuat pilihan semakin sukar apabila aku bertemu dengan Yara. "Okeylah... kalau jatuh kat jalan, mangkit sendiri naaa..." "Tapi, kalau jatuh kat cinta... lagu mana pula?" Gara-gara Yara, aku menolak semua calon termasuk Laila. Aku dapat rasakan Yara itulah jodoh aku sebenarnya. Tetapi, belum sempat untuk aku tahu siapa Yara dan calon pilihan aku kepada mak... mak terkena serangan jantung. "Mak bagi hang klu... hat yang selamatkan mak hang tu... calon menantu mak." Terpaksalah aku lupakan Yara dan memilih calon pilihan mak. Kerana calon pilihan mak tu... telah menyelamatkan mak aku, syurga aku. "Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia mendapat reda Allah s.w.t". (Hadis Riwayat Bukhari) Tetapi, bahagiakah aku kalau aku reda? RM 20 (SEM) // RM23 (SS) - tak termasuk postage
  • TODAY I MARRY MY BEST FRIEND by thechapterbookstore
    thechapterbookstore
    • WpView
      Reads 22,267
    • WpPart
      Parts 10
    "Berdua dengan aku lebih baik kan?" "Tapi ada syaitan kalau berdua." "Tu sebab aku nak ajak kau kahwin cepat-cepat. Boleh ke?" Menganga mulut aku bila my best friend ajak aku kahwin. Yang aku risaukan... aku akan kehilangan kawan baik aku! Bayangkan, lelaki yang selama ini biasa aku melepak sama, merepek sama-sama, tiba-tiba... nak jadi kekasih aku? Uuuu... Tak ke janggal? Lagi haru aku nak menolak, bila mak kata, dari dulu lagi dia dah dapat agak jodoh aku akan dengan Usyair tu. Nak mengadu kat Umairah pun tak ada guna sebab dia lagi buat aku terfikir yang abang dia tu memang ditakdirkan berjodoh dengan aku. Argh! Tak ada ke siapa-siapa boleh cakap yang aku dengan Usyair tu takkan boleh jadi kekasih, apatah lagi suami isteri? Kenapa perjanjian kami dulu yang berjanji nak kawan sampai mati tapi tak boleh sampai kahwin tu terbubar pula? Dan dengan senang-senangnya Usyair buat perjanjian baru dan batalkan perjanjian lama, iaitu; "Kita kawan sampai mati, tapi tak boleh sampai kahwin kecuali..." "Kecuali apa?" "Pada penghujung umur kita 27 tahun, kita tak ada sesiapa, yang ada hanya kau dan aku saja dalam hubungan kita ni, kita boleh kahwin sesama kita." "Errr..." Aduhai... Perlu ke aku bersetuju? Lamaran Usyair itu tak salah sebab aku memang tak ada sebab untuk tolak dia. Tapi... sanggup ke aku kehilangan kawan baik aku sendiri? Nampaknya aku harus bertindak untuk membuktikan pada diri aku sendiri sama ada aku harus menerima Usyair ataupun menolaknya bulat-bulat. "Aku ajak kau kahwin... sebab aku cintakan kau. Kalau kau cintakan aku, kau accept my proposal. Simple, Qis. Esok hari... tak ada siapa yang tahu. Hanya Tuhan yang tahu. So, kalau kau tanya, boleh ke tak boleh ke... aku tak ada jawapan untuk itu sebab itu Tuhan punya kerja. But I have faith on us. I trust us. Do you?" RM20 (SEM) // RM23 (SS) - tak termasuk postage
  • DIA LELAKI IDAMAN MALAYA by thechapterbookstore
    thechapterbookstore
    • WpView
      Reads 6,503
    • WpPart
      Parts 10
    D0N WAZIEN AIDAN He is really something! Ada ke tiba-tiba muncul dan kacau life aku yang sudah sedia kacau ni! Tiba-tiba je cakap aku ada hutang dia. Mana ada! Kenal pun tidak, tiba-tiba cakap aku hutang dia. "Semalam tu, pertemuan kita yang keenam." "Keenam? Bila yang pertama?" "Lima tahun dululah. Serius ke, awak tak ingat?" "Tak! Perlu ke saya ingat?" "Mestilah. Awak kata, awak mesti ingat orang yang awak hutang." "Saya hutang awak?" "20 sen." 20 sen punya hal... macam 20 ribu punya hutang! Dah la tak boleh bayar macam tu saja. Macam-macam syarat pula yang dia letakkan untuk aku bayar hutang aku tu. Haih, boleh jadi gila macam ni! Masalahnya aku perlu tahu semua cerita tu! Sebab gara-gara hutang 20 sen tu, seakan meragut semua kebahagiaan hidup aku. Nak tak nak terpaksalah aku menurut semua syaratnya... "Apa syaratnya?" "Awak tak boleh nak desak saya, atau tanya saya, bila saya nak cerita, macam mana saya nak cerita dan apa cara pun untuk saya cerita pada awak." Tapi, gara-gara cerita dia... telah membuka banyak cerita tentang aku termasuk tentang kemalangan yang menyebabkan aku betul-betul hilang ingatan! Mula la muncul macam-macam hal... yang mengembalikan semua kenangan! Perlukah aku berpatah-balik kepada semua kenangan itu? Atau... berikan jawapan pada Wazien. Jawapan apa? "Lepas habis saya cerita, saya nakkan jawapan." "Jawapan apa?" "Awak nak kahwin dengan saya, atau tidak." Oh please, so not Juliya! RM20 (SEM) //RM23 (SS) - TAK TERMASUK POSTAGE