Thechapterboosktore Stories

Refine by tag:
thechapterboosktore
thechapterboosktore

2 Stories

  • BAKAL MENANTU MAK AWAK by thechapterbookstore
    thechapterbookstore
    • WpView
      Reads 3,111
    • WpPart
      Parts 10
    Setelah dua tahun bertunang, Adinda Zuleikha akhirnya ditinggalkan Hafiy Mukhlis dengan sekeping kertas. Walaupun Hafiy menyatakan dia buat semua ini gara-gara mama dia menghidap kanser hati... Adinda tak mahu peduli. Dia tekad untuk meninggalkan Hafiy sehinggalah muncul Jad Iman Lee. Jad merupakan anak Mak Cik Susan, pesakit yang dijaga Adinda. Percintaan Jad dengan Nellysa selama tiga tahun itu turut terputus akibat permintaan terakhir mami Nellysa yang juga menghidap kanser hati. Terkejut dengan alasan Hafiy dan Nellysa yang sama, Jad mengajak Adinda untuk bersekongkol kantoi kan Hafiy dan Nellysa. Tapi, apa yang mereka tak sangka... Diri mereka sendiri yang terkantoi! Tak pasal... Adinda dan Jad dah jadi bakal menantu untuk mak masing-masing! Nak tak nak... Mereka cuba untuk meneruskan rancangan yang memaksa untuk mereka bersama. "Entahlah... I kinda like you! Apa kata kita ikut aje rancangan ni. Rasanya, tak perlu nak complicated sangat kut... Kan?" Takut kalau-kalau hubungan yang baru ini kecundang seperti hubungan mereka yang telah lalu, Jad dan Adinda tekad untuk berhati-hari menjaga hati. Tapi tak sangka, dek kerana terlalu berhati-hati... Mereka kehilangan antara satu sama lain. "Anyway... This is your last payment." Entah apalah nasib Adinda, sering saja ditinggalkan dengan sekeping kertas. Sedih dengan dua hubungan cinta yang tak kesampaian, Adinda membawa diri memulakan hidup baru. Tak sangka... Hubungan lama muncul kembali! Orang kata, jodoh itu sejauh mana kau kejar. Kalau kita yakin yang dia adalah jodoh kita, kita harus perjuangkan. Jadi, siapakah bakal menantu mak yang layak untuk Dinda juang kan?
  • AKU YANG DIA HALALKAN by thechapterbookstore
    thechapterbookstore
    • WpView
      Reads 5,713
    • WpPart
      Parts 10
    "This is my proposal to you, Ju. Just be my wife, Juju Aulia binti Ahmad Junid." Selama lima tahun dia bekerja sebagai PA untuk Umar Kashyi, tak pernah pun dia sangka yang Umar Kashyi akan melamarnya. Mulanya Juju Aulia cuba untuk menolak lamaran itu. Tetapi Umar Kashyi pandai mencari kelemahannya menyebabkan Juju Aulia terpaksa menerima lamaran itu dengan syarat... "Saya akan kahwin dengan bos kalau ada orang yang sudi berkahwin dengan kakak saya, Kak Fia." Tak sangka Umar Kashyi dapat menyempurnakan syarat itu dan nak tak nak terpaksalah Juju Aulia menerima lamaran itu. Masalahnya, Juju Aulia tak cintakan Umar Kashyi, begitu juga dengan Umar Kashyi. Jadi, apakah jaminan untuk bahagia seumur hidup bersama?