simpcrypt
𝐓𝐞𝐞𝐧 𝐅𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧
[𝟐𝐧𝐝 𝐛𝐨𝐨𝐤]
𝐂𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐛𝐲 : @pplyoumayknow
❝Walaupun takdir menyulam jurang yang kelam, nama kau sentiasa menjadi doa aku yang pasti.❞ - 𝐓𝐇𝐔𝐅𝐀𝐈𝐋 𝐈𝐌𝐀𝐍
Thufail Iman. Nama yang sederhana namun cukup untuk membuatkan Hawa Danisha jatuh cinta kepada pemiliknya.
Dalam diam, Hawa menyimpan perasaan yang tidak pernah berani dia luahkan. Setiap pandangan dan setiap senyuman yang terukir di wajah lelaki itu sentiasa membuatkan jantungnya hilang rentak.
Namun disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
❝Selama mana pun aku sanggup tunggu, cuma jangan permainkan setia aku. Aku juga ada perasaan.❞ - 𝐇𝐀𝐖𝐀 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇𝐀
Apabila perasaan mula bertukar menjadi harapan, mampukah Hawa terus menunggu?
Atau akhirnya dia terpaksa menerima bahawa tidak semua cinta ditakdirkan untuk dimiliki?