arcaneque_
Misi memulangkan kucing yang tersalah rumah... berakhir dengan tertukar hati!
Bagi seorang Faez Naeem, hidupnya sudah cukup tenang dengan kerjaya yang tersusun dan Mochi, si kucing Parsi yang hanya tahu tidur. Namun, kelalaian pihak sebuah hotel kucing telah mengubah segalanya. Mochi yang dibawa pulang tiba-tiba mengamuk mahu mendengar muzik jazz!
Sementara di rumah lain, Tofu milik Aulia Darissa bertukar menjadi patung bernyawa yang tidak pedulikan dunia bila dipanggil.
"Lia, soalan saya cuma satu. Kenapa follower akaun TikTok Mochi jauh lebih ramai daripada saya punya?" - FAEZ
"Sebab Mochi ada pesona, Faez. Awak mana ada. Dan nampaknya Tofu pun dah setuju nak jadi co-star Mochi." - AULIA
Bila Mochi dan Tofu mula mogok makan akibat separation anxiety, Faez dan Aulia terpaksa buat perjanjian playdate hujung minggu. Dalam usaha memahami karenah si bulus, tanpa sedar mereka mula mengenal ruang hidup masing-masing dan akhirnya menjadikan alasan kucing semata-mata untuk berjumpa kembali.