AidaisySty
[SIRI KE-3 EMPAT BERADIK] - previously known as Hayden's Love
Aaryan Hayden, seorang lelaki yang menyimpan perasaan terhadap satu perempuan, Dahlia Adelia. 11 tahun terpisah, akhirnya takdir mempertemukan mereka semula.
"Kau tahu tak berapa lama aku dah cari kau, Dahlia?" - A.H.
"Maaf, encik salah orang!" - D.A.
"Jangan lari dari aku, Dahlia. Kau tak tahu macam mana gilanya aku cari kau selama ni." - A.H.
Pertemuan mereka telah membongkar kisah hidup Dahlia yang kelam tidak berwarna.
"Hayden, dia jahat. Dia buat aku. Dia jahat kat aku, Hayden. Aku tak nak. Aku takut." - D.A.
"Aku ada. Jangan takut. Aku jaga kau." - A.H.
Aaryan hadir membawa cinta dan lamaran, sekali gus menjadi penyelamat hidup Dahlia. Namun hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Aaryan, Puan Humaira.
Aaryan nekad dengan keputusannya untuk menikahi Dahlia walau tidak direstui oleh ibunya, dengan keyakinan bahawa suatu hari nanti Puan Humaira akan terbuka hati juga untuk menerima wanita yang dia cintai.
Namun sangkaannya meleset. Hubungannya dengan si ibu semakin dingin, membuatkan Dahlia dihambat perasaan bersalah.
"Lia sanggup buat apa aje asalkan hubungan Abang dengan Mama kembali pulih." - D.A.
"Termasuk berpisah dengan aku? Kau sanggup tengok anak kita hidup dalam perpisahan kita? Kau tak kasihankan aku? Tak kasihankan anak aku yang kat dalam perut kau tu?" - A.H.
Akankah cinta mereka kekal bertahan hingga ke akhirnya, seperti ikrar janji setia mereka yang telah dimeterai antara dua hati?