Tudm Stories

Refine by tag:
tudm
tudm

4 Stories

  • StarGazing by amirosyae
    amirosyae
    • WpView
      Reads 109
    • WpPart
      Parts 2
    StarGazing/ Gazing At The Stars (Renungi Bintang) Nuwaira Jazmine& Elyas Rezza Jazmine-seorang wanita yang telah tawar hati terhadap makna cinta. Baginya, cukup sekali dia menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada lelaki yang pernah dia cinta sepenuh hati. Namun segalanya musnah-hancur berkecai saat dia mengetahui lelaki itu bermain curang di belakangnya, tanpa sedikit pun rasa bersalah. Rahsia yang terbongkar itu bagaikan belati tajam yang menusuk jantungnya. Hatinya luluh, harapannya gugur satu per satu, seperti dedaunan yang jatuh di musim luruh. Sejak hari itu, Jazmine memutuskan untuk tidak lagi membuka ruang buat mana-mana lelaki. Cukuplah. Cinta bukan lagi miliknya. Yang tinggal hanyalah Ayscha-teman sejati yang sentiasa di sisi. Walaupun mulutnya kadang-kadang seperti mesin bebel yang tidak tahu berhenti, dialah satu-satunya yang sudi mendengar segala keluh kesah Jazmine. Dialah pendengar setia, peneman di kala duka, pelipur lara saat dunia terasa terlalu berat untuk ditanggung. Dalam diam, Jazmine masih meneruskan langkahnya sebagai seorang pelajar universiti yang kini sedang menempuh pengajian di peringkat Sarjana (Master). Di celah-celah tekanan akademik dan luka yang belum sembuh, dia sering kembali ke Langkawi-tanah kelahirannya, tempat dia mencari tenang dan mengubati jiwa. Langkawi bukan sekadar destinasi. Ia adalah tempat di mana Jazmine menjadi dirinya yang sebenar-tanpa topeng, tanpa pura-pura. Di situlah dia mengutip semangat, satu persatu, untuk terus berdiri.
  • Guardian of my heart by GadisAwangan
    GadisAwangan
    • WpView
      Reads 92
    • WpPart
      Parts 2
    Pertemuan kali pertama di mana jejaka itu menyelamatkan dia dari kematian namun pertemuan kali kedua membongkarkan identiti jejaka tersebut sekali gus persoalan yang pernah terlintas di fikiran gadis itu akhirnya terjawab. Miss me Meu Querido. ~Luthfan Pandai betul kau menipu kan.~Fatiha I'm yours and you are mine Sayang.~Luthfan Disaat kebahagian mula tercipta hadirnya dugaan yang menimpa sehingga merasakan semua tidak berguna lagi.Dikhianati rakan sendiri sudah pasti terasa sakitnya tambahan pula ada yang ingin meruntuhkan masjid mereka bina. Aku takkan biarkan korang bahagia.Dan kau perempuan hidup kau akan hancur. ~Malik I still love you and need you luthfan.~Anisha Maafkan aku Fa.- Harleen Let me go,kau boleh ceraikan aku dan aku tak perlukan kau lagi dalam hidup aku. ~Fatiha Antara hidup dan mati.Kebahagiaan atau derita yang ditanggung mampukan mereka menyelamatkan keadaan yang sentiasa mengancam nyawa seisi keluarga.Apabila segalanya sudah selesai akan adakah bahagia yang seperti dahulu atau hanya ilusi... Hello Tuan Paskal nak mengorat boleh?. ~Fatiha Bini saya Pilot Jet Pejuang kalau Cik mengorat saya nanti dia kejar guna jet sekali pakej tembak menembak dia kasi. ~ Luthfan Kalau dulu Fa tak ada seseorang untuk berkongsi cerita tapi sekarang Fa ada Abang.~Fatiha Sayang wanita hebat and you are the strong woman.Walaupun Sayang dah ada Abang but you must still letakan allah sebagai tempat pengadu nombor satu kerana dia yang selalu mendengar luahan isi hati bidadari ni sebelum Luthfan Athiff muncul dalam kehidupnya. ~Luthfan Untuk mencintaimu wahai bidadari: Sedia ku terima, dirimu seadanya Setia menjagamu untuk selamanya Kau panah hatiku♡'・ᴗ・'♡ 𝐿𝑒𝑓𝑡𝑒𝑛𝑎𝑛 𝐾𝑜𝑚𝑎𝑛𝑑𝑒𝑟 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝐿𝑢𝑡ℎ𝑓𝑎𝑛 𝐴𝑡ℎ𝑖𝑓𝑓 Ⓧ︎ 𝑀𝑒𝑗𝑎𝑟 𝐹𝑎𝑡𝑖ℎ𝑎 𝑁𝑢𝑟 𝐴𝑖𝑠𝑦𝑎 Guardian of my heart by GadisAwangan CERITA INI AD
  • Leftenan Ezzad Harith  (soon) by NurAlfara
    NurAlfara
    • WpView
      Reads 47
    • WpPart
      Parts 3
    Mia Raina seorang perempuan yang kuat dan tabah.Dia hanya hidup sebatang kara.Siang malam mencari rezeki untuk dirinya.Badannya terseksa tetapi dia tetap perlu teruskan hidup.Dia hidup hanya kerana dia hidup. "Kita kahwin,saya tak nak awak buat kerja yang berat-berat lagi" -Ezzad Harith- "Kalau awak nak kahwinkan saya sebab kesian dan bukan sebab cinta.Awak matikan je keinganan awak tu.Hidup saya tak perlu dikesiankan oleh orang luar.Saya tahu untuk handle kehidupan sendiri" -Mia Raina- " Terbanglah setinggi manapun jika kau milikku , kau tetapi milikku "
  • Love you!Leftenan. by Innizmaisarah
    Innizmaisarah
    • WpView
      Reads 7,178
    • WpPart
      Parts 43
    Leftenan Hariz Zafran-seorang pengawai tentera udara yang berdedikasi,menjalani kehidupan yang penuh dengan pengorbanan.Setiap hari dia terbang tinggi di langit biru untuk melindungi tanah air,tetapi di hatinya ada satu nama yang tidak pernah dilupakan-Hana Aisyah,gadis yang dia cintai sejak pertama kali mereka bertemu. "Kau nak sangat kenal aku,jom kita khawin."-Hariz Zafran Hana Aisyah-seorang wanita yang lembut dan penuh pengertian,menyedari sepenuh kehidupan suaminya yang penuh tanggungjawab sebagai seorang tentera.Setiap hari dia akan rindu dengan sosok yang dia cintai sejak pertama kali mereka bertemu. "Saya tak sangka dapat khawin dengan crush saya,love you!Leftenan."-Hana Aisyah Namun hubungan mereka diuji apabila tugas Hariz membawa jauh ke luar negara untuk misi yang sangat bahaya.Jarak yang memisahkan mereka,serta risiko Hariz hadapi setiap hari,membawa ketegangan dalam hati Hana yang terpaksa berhadapan dengan rasa takut Dan kerinduan mendalam. "Kalau apa-apa jadi pada abang,jaga diri permata hati"-Hariz Zafran "Bila awak nak balik Hariz,saya rindu awak"-Hana Aisyah Cerita ini mengisahkan sebuah pengorbanan dan percintaan yang mendalam dengan hanya jarak memisahkan mereka. Every the step I took in the air, trace of my love will lead to you. Start:-12 Januari 2025 End:-