SophieWithV
Raissa Sofea, seorang gadis daripada keturunan bangsawan yang terkenal dengan sikap keras kepala dan enggan mengalah. Minatnya terhadap sukan perlawanan pedang bermula selepas melihat abangnya berlatih, sebelum minat itu perlahan-lahan bertukar menjadi impian yang ingin dikejarnya.
Namun, impiannya tidak pernah dipandang serius oleh ibu bapanya hanya kerana dia seorang perempuan. Nekad untuk membuktikan kemampuan sendiri, Raissa mencari jalan untuk berpindah ke sekolah sukan yang lebih sesuai dengan impiannya.
Di sekolah baharu itu, dia bertemu Farheen Haikal, seorang ahli kelab fencing yang cukup menyebalkan pada pandangan pertamanya.
"Is that how you fence, rich girl?" - Farheen Haikal
"Patutlah miskin, perangai pun sama naik miskin!" - Raissa Sofea
Sikapnya yang tenang dan selamba sering membuatkan Raissa naik angin, lalu hubungan mereka bermula dengan perselisihan kecil yang tidak pernah habis.
Hari bertukar minggu dan minggu bertukar tahun, mereka mula menjalinkan hubungan baik sebagai satu pasukan. Saling menyakat itu biasa bagi mereka.
Namun, tidak apabila ia saat pertandingan peringkat kebangsaan.
Sikap keras kepala dari kedua pihak perlahan membunuh hubungan mereka. Kedua-keduanya enggan dijadikan peserta simpanan dan akhirnya berpecah menyertai sekolah lain.
Mereka bertemu di pusingan terakhir dengan kemenangan di tangan Raissa. Farheen sedar, usaha akan kalah dengan bakat.
"Apa yang awak nak cakap sekarang?" - Raissa Sofea
"I want to fix us... as wife and husband. Can we?" - Farheen Haikal