aainamaisara
1 st
Anak kepada keluarga usahawan dan ahli korporat antarabangsa. Siapa je yang tidak kenal mereka? Nama sering disebut- sebut dalam dunia pernigaan. Bukan kerana pewaris kepada ahli usahawan terkenal namun disebut disebabkan kejayaan mereka yang sememangnya sangat dikagumi ramai.
Menggunakan kelebihan masing- masing untuk menampung hidup tanpa bantuan serta pengaruh ibu bapa. Berdikari? Itulah mereka. Namun tiada siapa tahu rupa paras mereka. Identiti mereka disimpan kemas demi keselamatan keluarga dan juga diri mereka.
Diamond Highschool sekolah yang terkenal dengan melahirkan pelajar yang cemerlang. Pertemuan mereka adalah takdir. Ya, takdir.
Namun semuanya berubah sama sekali apabila datang orang yang ingin menghancurkan kebahagiaan mereka disebabkan dendam. Keselamatan diri, keluarga serta rakan- rakan tergugat. Bahaya berada di mana- mana. Dugaan demi dugaan terpaksa mereka tempuhi. Identiti mereka juga terbongkar.
Keselamatan keluarga serta orang yang berada di sekeliling mereka merupakan benda yang paling penting. Pedulilah diri mereka. Mereka tidak kisah asalkan yang tersayang tidak terjebak sekali dalam masalah mereka. Tempat mereka menagih kasih sayang, syurga mereka, kebahagiaan mereka.
---------------------------------------------------------------------------------------------
100% hak milik! Dilarang menciplak