poofiey
Zaayd Hamdan, lelaki yang tidak suka akan hiruk pikuk dunia di bandar. Dia sukakan ketenangan. Dia juga bukan lelaki yang memegang jawatan CEO atau sebagainya. Dia cuma lelaki biasa yang bekerja di kampung dan ke mana-mana selalu bersama motorsikal datuknya.
Maryam Radina, gadis yang mulutnya tak pernah berhenti bercakap. Hobinya bercakap. Namun dalam keriuhan, dia sebenarnya kesunyian kerana kesibukkan orang tuanya sejak dia dari kecil.
Pertemuan mereka disebabkan Maryam pulang ke kampung kerana merajuk dengan papa dan mamanya.
"Hang sapa masuk rumah Tok Timah sesuka hati ni? Hang nak mencuri?" - Zaayd Hamdan
"Elok sikit cakap ya. Rumah tok saya, suka hati saya lah! Awak tu yang siapa nak halang saya, tuduh saya mencuri pula?!" -Maryam Radina
Itulah episod pertama permulaan mereka. Dan setiap kali bertembung, akan tercipta episod baru pergaduhan mereka itu.
note :
- banyak kacip dan merepek
- update setiap hujung minggu tapi kadang ikut suka hati sebab saya suka dan sebab saya imut