bellasryy
"Hati manusia sentiasa berubah, what do you expect?"
Tiada luar biasanya di dalam kehidupan Lutfia sebagai seorang Jurukamera. Orang pandang sebelah mata juga tidak ingin. Maklumlah, dia hanya mampu menumpang rumah Ariana, seseorang yang tidak dikenalinya.
Namun, sejak dia terjumpa sekuntum bunga mawar serta sekeping kad misteri yang terukir tarikh lahirnya, segalanya berubah 360 darjah. Kehidupan Lutfia kini mengundang bahaya. Dia ingin mendapatkan kembali kehidupan biasanya walaupun tidak diendah oleh masyarakat! Bagaikan sumpahan, kad itu telahpun memberi amaran kepadanya,"Once you encounter, you will never find the exit. Unless, you ever wish to and willingly taking the risk."
Walhal, semakin banyak rahsia terbongkar, semakin bertambah persoalan yang tertimbul di dalam benaknya! Dia juga keliru dengan keadaan sekelilingnya yang seakan mencuba untuk memberitahunya bahawa dia telah kehilangan sesuatu yang amat penting bagi hidupnya. Adakah ini bermaksud yang dia telah hilang ingatan? Atau ada sudut di dalam memorinya yang telah dicuri? Bukti ini dikukuhkan lagi dengan kehadiran seorang jejaka yang langsung tidak dikenalinya namun nalurinya kuat mengatakan sebaliknya.
"Have we actually met?"-Lutfiatun Najwa.
"I don't know. Why do you think so?"-Arasy
Perasaan 'Deja Vu' dan nostalgia menyerbu dirinya. Dengan segala cabaran yang menimpanya dalam sekelip mata, nyawa Lutfia kini kian terancam. Mampukah dia berkorban untuk menampung segala kebenaran pahit dan bertahan hingga hembusan nafas terakhirnya?