HeyL_AryaN
SYAH (Kasih Seorang Violinist)
VACSyah: Vanessa, Aryan, Carla, Syah
Genre: Muzik, Emosi, Jiwa, Pertandingan, Misteri Identiti
Brikston Music Academy, UK & tour Eropah
Dalam dentingan senyap biola yang dimainkan Syah, tersembunyi suara hati yang belum pernah didengari sesiapa - sehinggalah Ruzaifa, pelajar tahun pertama, mula menghampirinya dengan selembar partitur yang tidak lengkap.
Bersama tiga sahabatnya - Aryan, Carla dan Vanessa - mereka membentuk kumpulan 'VACSyah', satu kuartet yang membawa warna baru kepada pentas muzik klasik Eropah. Dalam diam, mereka bersedia menyertai pertandingan terbesar antara universiti UK dengan melodi pilihan mereka: VIVALDI SUMMER.
Namun tanpa diduga, muncul pesaing kuat - Trio S.I.G dari Sepanyol, Itali dan Jerman - yang membawa melodi misteri dan komposisi luar jangka: WINTERSUN.
Di balik semua bunyi yang bergema, Syah dihantui mimpi, bayang wajah yang kabur, dan melodi yang belum selesai. Rahsia silam mula muncul... satu demi satu.
Sementara itu, Ruzaifa - gadis sunyi yang menyimpan kisah luka - mula menyedari bahawa Syah bukan hanya bermain dari jemari... tapi dari hati yang telah lama hilang arah.