hazelteanut
"Mulai hari ini, aku hanya akan berhubung dengan pasukan Psikologi melalui Rose Teja." -Tuah
"Excuse me?? Saya dah cukup la dengan kerja lain. Bagi je la Yasmin buat. Saya bukan PA awak!" -Rose
Bermula dengan cinta yang bertepuk sebelah tangan... kemudian hilang menjadi sekadar kenangan. Bertahun kemudian, satu pertunangan tak terduga mengeratkan semula dua jiwa yang sangat berbeza. Inilah kisah dua jiwa yang belajar bahawa cinta tak pernah hilang, cuma menunggu saat untuk dituntut semula.
Tuah Muaz - tenang, berahsia, dan terlalu terkawal - tak menyangka dia yang akan menembusi kesunyian dirinya.
Rose Teja - sinis, berpendirian, dan sukar ditembusi - tak pernah terfikir dia akan jatuh hati pada lelaki seperti itu.
Daripada pertemuan semula yang janggal, pertengkaran kecil, luka lama yang belum sembuh, hingga rasa yang perlahan-lahan membara... mereka menempuh perjalanan mengenal semula. Kerana cinta bukan selalu indah - kadang ia keras kepala, rumit, dan hadir pada waktu yang kita tak mahu... tetapi tepat pada saat kita benar-benar memerlukannya.
Ini bukan sekadar kisah cinta.
Ini kisah tentang membesar, bertahan, dan menjadi diri yang sebenar - bersama seseorang yang tak pernah benar-benar pergi.