Wattpadmelayu Stories

Refine by tag:
wattpadmelayu
WpAddromance
wattpadmelayu
WpAddromance

20 Stories

  • Before We Become Us.. by Lunaaaandreaaa
    Lunaaaandreaaa
    • WpView
      Reads 124
    • WpPart
      Parts 15
    Ayden Zhafran Seorang lelaki berusia 28 tahun yang merupakan CEO muda kepada sebuah syarikat terkenal. Walaupun usianya masih muda, Ayden Zhafran berjaya membuktikan bahawa kejayaan bukanlah sesuatu yang mustahil dicapai dengan usaha dan disiplin. Memiliki wajah yang tampan, ketinggian yang ideal serta penampilan yang kemas, kehadirannya Namun, di sebalik rupa parasnya yang memikat, tersimpan seorang lelaki yang dikenali dengan sikapnya yang tenang, soft spoken, baik hati dan penyayang terhadap orang di sekelilingnya. Ramai yang takut dan segan apabila berhadapan dengannya kerana aura seorang CEO yang sentiasa serius ketika bekerja. Walaupun ramai wanita mengaguminya, bukan mudah untuk mendekati lelaki itu. Sikapnya yang lebih mengutamakan kerja membuatkan dia jarang memberi ruang kepada mana-mana perempuan untuk memasuki hidupnya. Disebabkan itulah ramai yang menganggap Ayden Zhafran seorang lelaki yang dingin dan sukar didekati, Elena Qaisara Seorang gadis berusia 23 tahun yang memulakan langkah pertamanya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat terkemuka. Berbeza dengan orang lain yang gemar menjadi perhatian, Elena lebih selesa menjalani kehidupan yang sederhana dan tenang. Dengan tubuhnya yang kecil, wajah yang polos serta senyuman yang sentiasa menghiasi bibir, Elena memiliki pesona yang mampu menenangkan hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Pipinya yang gebu dan mata yang jernih membuatkan dia kelihatan lebih muda daripada usianya. Elena seorang yang cerdik, rajin Namun, sifatnya yang naif dan terlalu mudah mempercayai orang lain sering membuatkan dia menjadi sasaran mereka yang mengambil kesempatan. Penemuan tidak disengajakan dengan seorang gadis bernama Elena Qaisara bakal mengubah seluruh hidup Ayden Zhafran.
  • ₊˚⊹𝙆𝙤𝙢𝙖𝙣𝙙𝙚𝙧 𝐎𝐟 𝐦𝐲 𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭₊˚⊹ᰔ by JustEstrella
    JustEstrella
    • WpView
      Reads 79
    • WpPart
      Parts 4
    Dalam suasana yang penuh dengan perasaan cinta dan pengabdian kepada negara, seorang komandan tentera muncul sebagai simbol keberanian dan keadilan. Bagi komandannya, tugas dan tanggungjawab adalah yang terutama, dan dia diberkati dengan penghormatan dari rakyat dan tenteranya. Di sebalik layar perang, terdapat seorang wanita yang merasakan daya tarikan terhadap komandannya. Awalnya, dia mengenalinya melalui abangnya yang juga seorang tentera di bawah komandannya. Wanita ini berasa terharu dengan sikapnya yang sopan dan juga kepimpinannya. ~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎~▪︎ "Yan, kenalkan ni adik aku Marianna Annabella" Ammar meletak tangan kirinya di bahu ku. Meskipun aku merasakan dua tantangan yang memandang, aku tetap merendahkan kepala sambil melihat ke lantai ketika Abang Ammar memperkenalkanku padanya. "Anna ni buddy abang Aryan Daniel" selepas abangku kenalkan barulah aku menaiki kepalaku. Aku dapat melihat matanya yang tajam dan bola matanya berwarna cokelat gelap. Dari tatapannya, jantungku berdetak kencang... "𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐞𝐱𝐩𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐨𝐫..𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐚𝐭 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐬𝐢𝐠𝐡𝐭?" - 𝙈𝙖𝙧𝙞𝙖𝙣𝙣𝙖 𝘼𝙣𝙣𝙖𝙗𝙚𝙡𝙡𝙖
  • Tak Pernah Jadi Kita by tyrsssss
    tyrsssss
    • WpView
      Reads 83
    • WpPart
      Parts 6
    Sebuah cerita yang tiada penghujung antara dua hati. Betul ke antara dua hati? Atau Hanya satu hati aje yang memendam rasa?
  • Iris Aireen by Ashi2767
    Ashi2767
    • WpView
      Reads 1,296
    • WpPart
      Parts 14
    𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧- seorang perempuan yang dulunya dikenali dengan mainan violin nya yang sangat indah berbeza kalau dibandingkan dengan sikapnya yang kebudak-budakkan. Hidupnya sentiasa ceria tetapi semuanya berubah setelah mamanya meninggal pada 5 tahun lepas. 𝐙𝐚𝐢𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐢𝐫𝐢- satu-satunya lelaki yang sangat faham dengan sikap Iris Aireen. Siapakah lelaki ini sebenarnya, mampukah dia menyempurnakan hidup Iris yang terasa sangat kosong? "who am I to you?" - Iris Aireen "you're just simply a lost puppy to me" - Zairil Hairi Tetapi bila semua rahsia terbongkar semuanya menjadi tidak tentu hala. Mampukah mereka pertahankan cinta mereka atau akan ada yang lain mengubahnya? 🚫 PLAGIARISM IS NOT ALLOWED ⚠️ cerita ini tiada kaitan dengan dunia realiti Assalamualaikum semua, I apologize if this story doesn't pique your interest. Saya bersyukur dan berterima kasih sangat kalau korang baca cerita ni. Cerita ni adalah cerita pertama yang saya tulis dan reka tetapi saya akan cuba berusaha untuk menyiapkan cerita ini. Dengan ini, saya mohon kerja sama korang untuk support saya dalam menjadi salah seorang author. Minta maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa. Minta maaf kalau cerita ni cringe atau ada yang cliché dan Terima kasih sangat-sangat sesiapa yang sudi support dan baca cerita saya ni!!
  • AN UNEXPECTED LOVES  by mjestic_5
    mjestic_5
    • WpView
      Reads 25
    • WpPart
      Parts 1
    Adrian dan Darlyn dalam perjalanan yang penuh dengan gelak tawa, sakit hati, dan huru-hara indah jatuh cinta apabila anda tidak menjangkakannya. "Cinta Yang Tidak Dijangka" ialah kisah penemuan diri, keghairahan, dan keajaiban yang berlaku apabila dua jiwa bertembung dalam yang paling tidak dijangka.
  • 𝐇𝐀𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀𝐇 | 𝒓𝒐𝒔𝒆𝒗𝒆𝒄𝒉𝒆𝒓𝒂 (OG) by expirednutellaaa
    expirednutellaaa
    • WpView
      Reads 52
    • WpPart
      Parts 1
    Dikhianati, Dendam, Dusta. Cerita ini bukan sahaja mengisahkan tentang cerita CINTA sahaja tetapi juga menceritakan tentang persahabatan, keikhlasan, dan keinsafan. ____ Romance Story by Rosevechera ⚠️not a mafia story ⚠️ cringe 100% ⚠️ Cerita pertama( kemungkinan banyak kesalahan bahasa )
  • Masked Desire [OG] by muich1roo_
    muich1roo_
    • WpView
      Reads 374
    • WpPart
      Parts 26
    Aria Seline, Art major student , 22 tahun , hidup dalam dunia yang penuh warna dan emosi. Namun, di sebalik senyumannya yang tenang, dia menyimpan luka yang dalam. Sejak dikhianati oleh lelaki yang pernah dia cintai sepenuh hati-lelaki yang tidak pernah dia temui tetapi berjaya mencuri seluruh kepercayaannya-Aria menutup pintu hatinya rapat-rapat. Ego dan prinsipnya menjadikan dia sukar didekati, namun di sebalik semua itu, dia tetap seorang yang berhati lembut dan setia. Kemunculan Daim Shah, pelajar misteri yang sekelas dengannya, mula menggugat kestabilan emosi Aria. Daim bukan sekadar tahu namanya, malah tahu kisah silam yang Aria cuba lupakan. Dengan wajah tenang dan kata-kata yang sukar ditafsir, Daim menawarkan sesuatu yang Aria tak pernah jangka-bantuan untuk membalas dendam terhadap lelaki yang telah menghancurkan hatinya. Lelaki itu ialah Danial Shah, Law student , 24 tahun, dan juga abang kandung Daim. Setahun lalu, Danial muncul dalam hidup Aria dengan identiti palsu-menggunakan nama Hafiz Haziq Wong. Mereka menjalin hubungan jarak jauh tanpa pernah bertemu, hanya berhubung melalui mesej. Aria percaya, hingga akhirnya dia sedar, semuanya dusta. Kini, Daim muncul membawa kebenaran dan tawaran yang menggoda: bantu Aria membalas dendam terhadap abangnya sendiri. Tapi sejauh mana Aria sanggup pergi demi menuntut keadilan untuk hatinya yang pernah dilukai? Dan apakah niat sebenar Daim-ikhlas mahu membantu, atau ada sesuatu yang lebih gelap tersembunyi di sebalik matanya yang tenang? Dalam dunia yang dipenuhi bayang-bayang masa lalu, kepercayaan menjadi taruhan. Dan kadangkala, untuk membalas dendam... kau perlu jatuh cinta sekali lagi.
  • Janji, Tak Jatuh Cinta! by HaziqahChinta
    HaziqahChinta
    • WpView
      Reads 10
    • WpPart
      Parts 2
    Mereka berdua pernah berkongsi rasa yang sama. Pasangan cinta lokasi. Dari layar skrin hingga ke dunia realiti. Indah bagai pinang dibelah dua. Sehinggalah suatu ketika, cinta mereka berakhir tanpa khabar. Sebabnya? Hanya mereka berdua yang tahu. "I just hope that I will never see you again, Adrean!" - Eliana Hanee Ternyata lima tahun membawa nasib yang sungguh berbeza buat mereka berdua. Adrean Mateen jejaka hero malaya yang terus berkembang pesat kerjayanya dalam bidang lakonan. Wajah kacak itu tidak pernah bosan muncul di setiap layar. Sepertinya, semesta sedang berpihak kepada lelaki itu. Sedangkan Eliana, masih tergapai-gapai demi mencari sesuap nasi. "Tell me one reason why I should work with you?" - Adrean Mateen "Sebab peminat kita mahukan Bangsawan musim kedua." - Eliana Hanee "Peminat mahukan... atau awak yang perlukan projek ini?" - Adrean Mateen Hatinya mahu memberontak. Jiwanya ingin menjerit. Apatah lagi dengan sikap lelaki itu yang dirasakan begitu angkuh dan sombong. Namun apakan daya jika luka lama di hatinya merupakan satu-satunya jalan keluarnya daripada belenggu masalah yang menimpanya kini? Satu perkara yang pasti, mereka bersumpah tidak akan jatuh cinta lagi! "Andai saya diberi peluang untuk putarkan kembali waktu... andai sahaja saya diberi peluang untuk memilih... saya tidak akan sesekali memilih nama ini lagi jika harganya adalah kehilangan seseorang yang paling saya cintai." - Adrean Mateen Siapa sangka, disebalik wajah tenang itu sebenarnya terselit seribu satu penyesalan yang tidak pernah dia ungkapkan. Dalam usaha mereka berpura-pura tidak lagi menyimpan perasaan, garisan antara watak drama dan kenyataan mula kabur. Bagaimana jika hati sendiri memungkiri ikrar yang pernah mereka buat dengan penuh keyakinan suatu ketika dahulu?
  • PELINDUNG YANG DINANTI by cikbellaa
    cikbellaa
    • WpView
      Reads 19
    • WpPart
      Parts 5
    Kisah ini bermula. Selamat Membaca. Dayang Humaira Seorang wanita awal 30an, yang hidup sederhana hasil titik peluh sendiri dari muda. Hidup tenang mengambarkan keperibadiannya yang berani. Hidup jauh dari keluarga demi ketenangan jiwa. Memilih kerja yang sederhana namun cukup untuk menampungnya dan di ibu kota. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang difikirkan, hanya gambaran yang samar saja dapat bermain di fikiran sehinggalah seorang lelaki bergelar kawan muncul menawarkan mahligai tersebut. Luth Furqan Anak lelaki satu-satunya di keluarga Encik Harizal Segala tanggungjawab dipikul sendiri sedari muda demi mengubah nasib keluarga. Hidup berpaksikan usaha dan tanggungjawab menjadikannya seorang lelaki yang bersifat pelindung sehinggalah Puan Salmah, iaitu Bondanya meminta sebuah perkahwinan dari pihaknya. Demi mengelak dari terjebak dengan rancangan jodoh yang tidak pernah di inginkan. Dia terpaksa menawarkan satu mahligai kepada seorang wanita yang amat dia kenal. Walaupun usia memainkan jurang yang besar di antara mereka namun itu tidak menjadikan itu sebagai halangan untuk membina bahtera bersamanya wanita tersebut. . . . . Adakah kebahagian itu berpihak pada mereka? Mampukah bahtera yang dibina berjalan seperti kemahuan mereka? Adakah kebebasan yang dibina hilang kerana memilih cinta abadi? Semua itu dirungkai dalam "Perlindung Yang Dinanti".
  • Antara Nafas dan Abadi by SofiaAira23
    SofiaAira23
    • WpView
      Reads 42
    • WpPart
      Parts 7
    Seorang lelaki abadi muncul kembali selepas tiga tahun menghilang - tanpa penjelasan, tanpa alasan. Aleya hanya mahu hidup tenang, tapi Rayn bawa semula semua luka lama... dan satu rahsia yang boleh mengubah segalanya. Cinta mereka belum mati. Tapi adakah cinta cukup untuk menghidupkan semula sesuatu yang telah dikuburkan begitu dalam?
  • The Gift  by Vanessawrites7
    Vanessawrites7
    • WpView
      Reads 34
    • WpPart
      Parts 5
    "Apa yang kau nampak?" "Masa lalu." "Dan apa yang adik kau nampak?" "Sesuatu yang sepatutnya tidak wujud di dunia manusia." Kehidupan dalam dua dunia yang perlu dihadapi oleh seorang anak sulung bernama Nathan bukanlah sesuatu yang mudah. Sejak kecil, dia terpaksa menerima takdir yang Tuhan berikan kepadanya - sebuah anugerah yang membolehkan dia melihat masa lalu melalui sentuhan fizikal mahupun objek yang menyimpan kisah tersembunyi. Keluarganya telah lama mencari jawapan tentang asal-usul kemampuan tersebut. Namun persoalan itu menjadi semakin rumit apabila adiknya dilahirkan dengan kemampuan melihat makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia biasa. Segalanya berubah apabila seorang gadis dari Australia hadir bersama keluarganya, membawa misteri yang tidak mampu dijelaskan oleh logik. Melalui setiap sentuhan, Nathan mula melihat serpihan masa lalu yang berkait rapat dengan penderitaan gadis itu dan sesuatu yang sedang mengancam keluarganya. "Nathan... kalau apa yang kau lihat itu benar, bermakna keluarga kami dalam bahaya." "Saya tahu. Sebab itu saya tak akan biarkan awak hadapi semua ini seorang diri." Namun semakin dalam mereka menyelami masa lalu, semakin banyak rahsia gelap yang terbongkar. Rahsia yang bukan sahaja mengubah hidup gadis itu, malah mungkin berkait dengan anugerah yang dimiliki Nathan dan adiknya sejak lahir. Mampukah Nathan menyelamatkan gadis itu dan keluarganya? Atau adakah kebenaran yang mereka cari akan menjadi sebab kehancuran mereka sendiri?
  • 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑺𝒆𝒑𝒊 | 𝑶𝑮 by AsyxLya
    AsyxLya
    • WpView
      Reads 78
    • WpPart
      Parts 3
    Nur Firasya Amani - seorang gadis yang membawa luka lama ke bandar besar. Dalam diam dan dinginnya sikap, dia simpan rahsia yang merobek jiwa: trauma masa kecil, kasih yang tak sempurna, dan rindu yang tak terucap. Dunia yang sepatutnya memberi ruang, sebaliknya membentuk dinding antara dia dan manusia lain. Namun segalanya perlahan berubah bila dia melangkah ke kampus - pertemuan dengan Deena, teman sekatil yang pendiam tapi ikhlas, dan Ary, gadis bandar yang ceria dan berani - mula mengisi ruang sepinya. Dalam orientasi yang penuh hiruk-pikuk dan permainan yang dianggap remeh, sehelai nota kecil bertulisan "𝘠𝘰𝘶 𝘥𝘰𝘯'𝘵 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘵𝘰 𝘴𝘩𝘪𝘯𝘦 𝘵𝘰 𝘣𝘦 𝘴𝘦𝘦𝘯" menggoncang benteng hatinya. Bersama mereka, Firasya belajar bahawa tidak semua yang mendekat berniat melukai. Kadang-kadang, orang asing adalah pintu kepada bahagia yang tak pernah dia bayangkan. 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑺𝒆𝒑𝒊 bukan sekadar kisah cinta biasa. Ia adalah kisah ketahanan, persahabatan, dan bagaimana seseorang boleh menemui sinar - walau dalam ruang paling kelam. - 𝑑𝑢𝑠𝑡𝑦𝑙𝑎𝑣𝑖𝑒, 𝑤𝑖𝑡ℎ 𝑎 ℎ𝑒𝑎𝑟𝑡 𝑓𝑢𝑙𝑙 𝑜𝑓 ℎ𝑢𝑠ℎ.
  • Asmara Di Hujung Nyawa by rozesdeer
    rozesdeer
    • WpView
      Reads 1,158
    • WpPart
      Parts 8
    𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟏𝟗𝟓𝟎. Zayida Almira, seorang gadis yang bukan sahaja dikurniakan kecantikan, tetapi juga keanggunan sebagai seorang penari tradisional. Gerak tubuhnya bagaikan puisi yang menari di udara, memukau setiap mata yang memandang. Namun, di sebalik keindahan itu, dia menjadi mangsa kezaliman seorang lelaki bernama Bahari-lelaki yang tidak pernah mengenal erti cinta, hanya nafsu dan obsesi yang membara. Demi memiliki gadis itu, dia sanggup mencalar maruah Zayida hingga tiada jalan lain untuknya selain menerima takdir perkahwinan yang penuh derita. Kehidupannya berakhir dengan tragis, namun dengan dendam yang terikat pada darah, dia kembali menghantui suaminya melalui keturunannya yang ke-7. --- 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓. Zayeda Almera Ladeena, keturunan ke-7 yang mewarisi nama dan takdir yang tidak pernah dia ketahui. Tanpa sedar, hatinya tertarik pada seorang lelaki bernama Andika Afsar Allaudin-majikannya. Namun, mengapa setiap kali dia berada di sisi lelaki itu, muncul perasaan déjà vu yang mencengkam jiwa? Ada sesuatu tentang lelaki itu yang menarik, tetapi juga penuh teka-teki. Sedang Zayeda cuba memahami kehadirannya, seorang lagi lelaki muncul dalam kehidupannya―Raja Muhammad Ziaulhaq. Namun, niatnya bukan untuk mendekati Zayeda, sebaliknya menyuruh Zayeda menjauhi Afsar. Siapakah Andika Afsar Allaudin yang sebenarnya? Dan mengapa Raja Muhammad Ziaulhaq begitu mendesaknya menjauh? Dalam kekeliruan dan misteri yang semakin meruncing, satu kebenaran menanti untuk dirungkai... dan mungkin, ia bukan yang mampu diterima dengan mudah. HORROR & HISTORICAL ROMANCE • Boleh tengok ig saya @rozesdeer.x for more information:) and sinopsis.
  • ( SEASON 2 COMPLETE ) Encik Veteran Tuan Punya Hati by asrinzcreation
    asrinzcreation
    • WpView
      Reads 858
    • WpPart
      Parts 20
    "Bila silam yang disangka mati, kembali menuntut janji yang belum selesai..." Enam bulan berlalu, bahtera rumah tangga Layla dan Zayn akhirnya dilimpahi ketenangan. Tiada lagi andaian liar atau tekanan dunia luar. Di bawah bimbingan dan ciuman hangat sang suami, Layla menggapai impian baharu di menara gading. Penthouse Aras 40 menjadi saksi betapa indahnya cinta apabila berada di dalam dakapan seorang suami yang bergelar pelindung. Namun, keharmonian itu hanyalah ketenangan sebelum datangnya taufan. Satu getaran telefon pada jam 11:30 malam meragut seluruh kedamaian Zayn. Pesanan ringkas daripada nombor luar negara mengembalikan susur jalur sosok yang paling ditakutinya: Diana. Selepas lima tahun menyepi, wanita dari masa lalu itu kembali dengan sekelumit dendam yang membara. Bagi Diana, kebahagiaan Zayn bersama Layla adalah satu keharaman yang wajib dimusnahkan. Zayn berikrar akan mempertahankan Layla dengan apa jua cara sekalipun. Namun, apabila bayangan silam mula mengekori setiap langkah dan memasang perangkap maut di sekeliling mereka, mampukah benteng cinta Zayn menahan asakan kegilaan Diana? Atau adakah kemunculan wanita itu bakal meragut segala-galanya daripada hidup Layla?
  • ARIA MILIK ALTHAF [C] by AresNoahLee
    AresNoahLee
    • WpView
      Reads 28,661
    • WpPart
      Parts 30
    ARIA MILIK ALTHAF [C] ARIA ALANA x LUTH ALTHAF Terpaksa dan dipaksa. Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan orang yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Sekiranya ada cerita berunsurkan konsep yang sama, semua itu adalah kebetulan sahaja. Akhir kata, selamat membaca dan enjoy dengan penulisan saya yang tidak seberapa ini. Ares Noah.
  • Althea by astra_dae
    astra_dae
    • WpView
      Reads 532
    • WpPart
      Parts 31
    BACAAN AWAL | ALTHEA UK, 2026. Setelah sembilan tahun mencari, akhirnya Zach Tedros menemukannya. Sebuah kisah kuno tidak bernama, penuh cacat cela, yang disimpan rapi oleh Keluarga Barrington. "𝓐𝓴𝓾 𝓽𝓲𝓭𝓪𝓴 𝓹𝓮𝓻𝓷𝓪𝓱 𝓫𝓮𝓻𝓱𝓮𝓷𝓽𝓲 𝓶𝓮𝓷𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪𝓲𝓶𝓾." . . . Misi Keluarga Barrington hanya satu. Warkah Acheron hanya boleh diserahkan kepada pemiliknya. Abad dan zaman berlalu. Akhirnya, Naomi Barrington, menemukan kunci jawapan. 𝓐𝓵𝓽𝓱𝓮𝓪. Sebuah hikayat lama terkuak. Hikayat yang pernah melukakan dua jiwa. Ceritera kuno tentang cinta dan takdir yang selama ini tidak dimengerti. Poseidon, Hekate, Dyetias, Tiera... Mereka mempunyai agenda tersendiri. Gadis bernama Althea dicari Raja Dyetias. Hadir pula lelaki bernama Ace menjanjikan perlindungan. Lantas, adakah kuasa sakti milik Althea akan menjadi rebutan? Untuk siapa hidup seorang Hilane dipertaruhkan? Demi keserakahan si pemegang kekuasaan atau pengkhianat yang membelitkan benang takdir? Atau mungkin...Althea hanya penawar pada nama. Dan hanya waktu yang mampu menyembuhkan segalanya. "𝓦𝓪𝓴𝓽𝓾 𝓽𝓲𝓭𝓪𝓴 𝓽𝓪𝓱𝓾 𝓮𝓻𝓽𝓲 𝓶𝓮𝓷𝓾𝓷𝓰𝓰𝓾."
  • The Enigmatic Mr Hazel Eyes by missaffe
    missaffe
    • WpView
      Reads 7,692
    • WpPart
      Parts 51
    |Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum menghabiskan sekolahnya. Namun setelah berlanggar dengan mr mata hazel hatinya berdegup kencang seolah cinta pandang pertama. Pandangan mata hezel tersebut kelihatan menyimpan satu misteri dan luka yang dalam disebalik mata tersebut. Oleh itu, Delisha bertambah semangat untuk lebih mengenal lagi siapa sebenarnya mr mata hazel. "Mata awak cantik lahh beli kat mata eh?" -Delisha Medina. "Saya jadi bunga, awak jadi kumbang nak tak? - Delisha Medina Edrian Edward Lee❕ Seorang jejaka misteri dan beku yang hidup dengan dunianya sendiri. Merupakan anak orang ternama namun menyimpan rapat identiti dirinya kerana tahu, pasti banyak yang berteman dengannya hanya ingin memanfaatkan dirinya sahaja. Namun begitu dia tetap menjadi kegilaan gadis-gadis disekolahnya disebabkan memiliki rupa paras yang kacak dan mata yang mampu memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. "Please bertahan dan percaya dengan aku! Aku janji akan jelaskan semua ni pada waktu yang tepat" - Edrian Edward Lee
  • CERPENKU by saisyahsah
    saisyahsah
    • WpView
      Reads 15
    • WpPart
      Parts 1
    CERPENKU "Satu buku, pelbagai warna kehidupan." "Kerana setiap khayalan, mempunyai sebutir kebenaran tentang kita." "Menyusuri labirin emosi manusia melalui kaca mata fiksi." ​Buku ini mengumpulkan cerpen fiksi yang meneroka sisi gelap dan terang sifat manusia. Dijana sepenuhnya daripada daya kreativiti dan imaginasi bebas, penulis menghidupkan watak-watak yang bergelut dengan takdir ciptaan mereka sendiri. Sebuah naskah yang membuktikan bahawa minda manusia tidak mempunyai had apabila berbicara tentang hati dan perasaan.
  • Penjaga Buat Dia (HIATUS) by myiaein
    myiaein
    • WpView
      Reads 1,999
    • WpPart
      Parts 12
    Karya tak seberapa karya ☆ Saya menulis ketika bosan, maaf kalau penulisan dan idea saya tak seberapa bagus ★