wawataufik99
"Kenapa mesti Mike?" Tiba-tiba Madihah teringin hendak tahu. Kalau setakat wajah Mikail yang tampan itu, ramai lagi lelaki yang tampan di KL ini. Bukan Mikail seorang saja.
"Eh! Boyfriend kau... kenapa tanya aku pula?"
"Taklah... aku ni saja nak tahu. Apa yang korang berebutkan sangat si Mike tu..."
"Dia ada semua. Tak ada yang kurang. Tak perlu untuk aku senarai satu persatu."
Madihah mencebik. 'Kaki perempuan macam tu yang korang nak kejarkan sangat? Macam terdesak nak berlaki pula.'
"Ingat, Madihah! Aku tak akan duduk diam dan tengok Mike dari jauh saja. Aku tak akan berdiam diri. Aku akan buat Mike jatuh ke tangan aku. Masa tu... aku nak tepuk tangan tengok kau menangis ditinggalkan Mike," janji Suziyana penuh yakin.
"Kau yang ada masalah dengan Mike, apasal aku pula yang jadi mangsa ni?"
"Sebab kau, Mike tak nak aku!" Suziyana membalas lantang. Nadanya naik sedikit.
Madihah mengeluh. "Tak pasal-pasal aku jadi mangsa." Dia ucap perlahan.
"Kau kata apa? Jangan nak mencarut senyap-senyap macam tu. Tak padan dengan pakai tudung macam ustazah, tapi mulut jahat."