RuvilAcastar
"Kenapa kau selalu muncul dalam hidup aku?", mata hazel yang tajam menikam pandangan Lysandra. -Zayden Romanovich-
"Saya cuma buat kerja saya, Encik Zayden. Kalau itu salah, beritahu saya."- Lysandra Ariana-
Hidup Lysandra Ariana berubah sekelip mata selepas menerima projek khas daripada Zayden Romanovich, seorang pewaris syarikat gergasi yang penuh misteri. Namun, di balik kejayaan lelaki itu, ada rahsia keluarga yang penuh luka dan dendam.
"Aku tak percayakan sesiapa. Jadi, jangan cuba buat aku percaya pada kau."- Zayden Romanovich-
Namun, perlahan-lahan tembok dingin Zayden mulai runtuh apabila kehadiran Lysandra membawa cahaya ke dalam hidupnya. Tetapi, cinta mereka tidak mudah. Daniel Romanovich yang berdendam dengan Zayden sejak kecil, melihat Lysandra sebagai peluang untuk membahagiakan Zayden.
"Kau fikir kau boleh bahagia dengan dia? Kau lupa siapa aku, Zayden." -Daniel -
Di antara cinta yang baru mekar dan rahsia yang mengikat, Zayden perlu memilih antara melindungi Lysandra atau mengorbankan dirinya demi cinta.
"Kalau kau jatuh, aku akan ada. Percayalah." - Lysandra Ariana-
Namun, mampukah cinta mereka bertahan apabila rahsia gelap keluarga Zayden terbongkar?