Ya4yeo
MAYBE, IT'S YOU
Putri Nayla Atheera pernah berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak lagi jatuh cinta pada orang yang sama.
Tapi bagaimana kalau orang itu muncul semula dalam hidupnya?
Muhamad Ariq Airiel pernah menjadi crush Nayla ketika sekolah rendah. Namun, masa dan jarak membuatkan perasaan itu hilang-sehinggalah Airiel kembali ke sekolah yang sama dengannya.
Nayla cuba menganggap kepulangan Airiel sebagai sesuatu yang biasa.
Tapi semakin hari, semakin banyak perkara yang membuatkan dia tertanya-tanya.
Pandangan mata Airiel.
Nama Nayla yang sering muncul dalam fikirannya.
Dan sebuah rahsia yang akhirnya terbongkar.
Dalam masa yang sama, Nur Hana Elyana, sahabat baik Nayla, mula berdepan dengan perasaannya sendiri apabila Muhamad Zayyan Nawfal perlahan-lahan masuk ke dalam hidupnya.
Namun, bukan semua orang gembira melihat hubungan mereka semakin rapat.
Cemburu.
Fitnah.
Salah faham.
Rahsia lama.
Dan seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi membalas dendam.
Di tengah-tengah semua kekacauan itu, Nayla masih mempunyai satu perkara yang tidak pernah berubah-
cintanya terhadap ATEEZ dan SEVENTEEN dan dua "boyfriend" delulunya, Yeosang dan Jeonghan.
Sampailah Airiel sedar satu perkara:
Kalau dia mahu mendapatkan hati Nayla, dia mungkin perlu bersaing dengan dua orang idol yang langsung tidak tahu kewujudannya.
Dan mungkin...
cinta pertama tidak pernah benar-benar hilang.
Kadang-kadang, ia cuma menunggu masa yang tepat untuk kembali.
Maybe, it's you.
By Iputiny ♡