AmirulAshraff96
Sejak belakangan ini, Yukyung sering mengalami mimpi aneh yang sama berulang kali. Di dalam mimpi itu, Yukyung ternampak seorang gadis miripnya. Gadis itu berdiri di tepi perigi buta dan memanggil-manggil Yukyung. Setiap kali Yukyung cuba menghampiri gadis itu, Yukyung pasti terjaga. Yukyung yang bekerja di butik pakaian ibunya meminta izin untuk bercuti selama 7 hari di kampung. Dia tidak kisah gajinya dipotong asalkan dia dapat menetap di kampung. Di kampung, Yukyung tinggal bersama Nenek dan sepupunya, Chuu. Ada sebab Yukyung mahu tinggal di kampung. Dia sebenarnya mahu mencari perigi buta yang sering muncul dalam mimpinya. Dia yakin perigi buta itu terletak di kampung itu. Oleh itu, Yukyung bersama Chuu serta seorang lagi rakan mereka bernama Jooe, mula meredah hutan demi mencari satu kebenaran.