kasehpubs
Kerana kejadian malam itu Ariana Sofea dan Aril Zakuan disatukan bukan dengan kerelaan.
"Maafkan abang atas apa yang berlaku. Abang tak ada niat nak buat Sofea macam ni. Dan juga
abang tak ada niat nak ambik Sofea dengan cara macam. Beri peluang kepada abang untuk tebus
segala kesilapan abang. Dan berilah abang ruang untuk berada dalam hati Sofea. Mungkin jodoh
kita ditakdirkan bersatu dengan dengan cara macam ni. - Aril Zakuan
"Sebenarnya Sofea bukan anak kandung ayah. Dia cuma anak angkat kami." - Ayah
Kenyataan yang Aril Zakuan baru tahu tentang diri Ariana Sofea.
"Sayang....abang bergurau je la... Jangan la merajuk... Benci tanda sayang tahu! Jadi jangan
pernah membenci abang." - Aril Zakuan
"Memang lelaki selalu macam tu ke? Cium perempuan lepas tu tinggalkan macam tu saja?" -
Ariana Sofea
Bibit-bibit cinta mula berputik antara satu sama lain.
Kebahagian mulai hadir dalam rumahtangga mereka, tetapi di ragut pergi kerana dendam.
Aril Zakuan terlalu rindukan isterinya yang terlantar koma. Tidak tertanggung rindu di dada
apabila melihat isteri tercinta hanya terbaring seperti patung bernyawa.
Adakah Ariana Sofea sedar bersama kenangan mereka atau Ariana Sofea akan mengalami
amnesia selamanya?
Perkara itu amat merisaukan Aril Zakuan
Dapatkah Aril Zakuan menakluki hati Ariana Sofea semula?