Zehrx123 Stories

Refine by tag:
zehrx123
zehrx123

3 Stories

  • Tuan Gumiho  by zehrx123
    zehrx123
    • WpView
      Reads 28
    • WpPart
      Parts 11
    PROLOG Sejak dahulu lagi, penduduk kampung itu percaya bahawa hutan di belakang bandar menyimpan sesuatu yang tidak sepatutnya diganggu. Pada waktu siang, hutan itu kelihatan biasa saja. Pokok-pokok tinggi berdiri diam, angin bertiup perlahan, dan cahaya matahari menembusi celah daun. Namun apabila malam tiba, suasananya berubah. Angin menjadi lebih sejuk. Bunyi hutan menjadi terlalu sunyi. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhati dari kegelapan. Penduduk lama di bandar itu selalu bercerita tentang satu makhluk yang muncul setiap beberapa puluh tahun. Makhluk yang boleh berjalan seperti manusia. Makhluk yang mempunyai rupa yang terlalu sempurna untuk menjadi manusia biasa. Makhluk yang dipanggil Gumiho. Menurut legenda lama, Gumiho ialah makhluk musang berekor sembilan yang boleh menyamar menjadi manusia. Mereka hidup lama, jauh lebih lama daripada manusia biasa. Ada yang mengatakan Gumiho itu jahat. Ada juga yang mengatakan mereka hanya makhluk yang cuba hidup seperti manusia. Namun satu perkara yang selalu diceritakan oleh orang lama di bandar itu ialah... Setiap kali Gumiho muncul, sesuatu yang pelik akan berlaku. Orang akan mula hilang. Dan setiap kali itu berlaku, penduduk kampung hanya mampu berdoa supaya mereka tidak menjadi mangsa seterusnya. Malam itu, di tengah hutan yang gelap, seorang lelaki berdiri sendirian. Angin malam meniup rambut hitamnya perlahan. Matanya tajam memandang ke arah bandar yang kelihatan jauh di hadapan. Wajahnya kelihatan tenang. Terlalu tenang untuk seseorang yang sebenarnya menyimpan rahsia besar. Namanya... Hwang Min-Ryu.
  • dibawah bimbingan mu  by zehrx123
    zehrx123
    • WpView
      Reads 13
    • WpPart
      Parts 32
    SINOPSIS - Dibawah Bimbinganmu Siti Adelisya Aqilah binti Ahmad Zambri tak pernah bayangkan hidupnya akan berubah dalam satu petang biasa. Dia cuma seorang gadis tomboy berusia sembilan belas tahun yang lebih selesa panjat pokok daripada duduk dengar ceramah agama. Dalam fikirannya, hidup masih panjang, dunia masih luas, dan perkahwinan... langsung bukan dalam rancangan. Namun semuanya runtuh bila keluarganya memutuskan dia perlu bernikah demi menjaga reputasi dua buah keluarga. Lelaki itu, , seorang imam muda berusia dua puluh lima tahun. Tenang, lembut, dan terlalu sabar untuk difahami oleh Sya. Perkahwinan tanpa cinta. Rumah tangga tanpa rela. Dua insan yang dipaksa berkongsi hidup, sedangkan hati masing-masing masih asing. Bagi Sya, Adam hanyalah simbol hidup yang dirampas daripadanya. Bagi Adam pula, pernikahan ini bukan tentang memiliki - tetapi tentang membimbing. Dalam diam, lelaki itu tak pernah memaksa. Tak pernah menghukum. Hanya menunjukkan jalan... selangkah demi selangkah. Dan tanpa Sya sedar, dari hubungan yang bermula dengan marah dan benci, perlahan-lahan lahir sesuatu yang tak pernah dia jangka. Kerana kadang-kadang, jalan pulang kepada diri sendiri... bermula dari seseorang yang Allah hantar untuk membimbing hati kita.
  • ISYA? by zehrx123
    zehrx123
    • WpView
      Reads 16
    • WpPart
      Parts 5
    cerita ini mengisahkan tentang dua saudara kembar yang dari kecik sentiasa melekat haih Tak lepas lepas lah ... dan pada masa yang sama sesuatu yang besar menimpa mereka dengan sangat tragis.. nak tahu lebih hang baca lah sendiri! orite that's all kalau best hangpa vote na oritee byebye cau lu pape Roger yuhooooo