Requested FF BAHASA MALAY GARIS KERAS.
Kisah Yuta, yang berusaha mati-matian untuk membuat pelajar lelaki yang baru pindah dari China dan bernama lengkap Dong Si Cheng atau Winwin supaya jatuh Cinta padanya. Usahanya akan membuahkan hasil atau gagal?
Mengisahkan suka duka antara dua sahabat yang pada mulanya mereka adalah pasangan yang sentiasa bergaduh dan tidak sefahaman. Satu ketika telah terjadi satu tragedi ke atas Chae Ha dan Jae Han mula rasa serba salah. Sejak dari itu, mereka menjadi teman yang rapat walaupun pada satu-satu masa mereka seperti anjing dan kucing. Namun kemunculan lelaki Jepun itu merampas kebahagiaan Jae Han. Shi Jeun sebenarnya tiada niat pun untuk memisahkan mereka berdua. Namun Chae Ha yang berkenan kepadanya. Satu ketika Shi Jeun telah meminta diri untuk pulang ke Jepun setelah tugasnya di Korea telah selesai. Walau bagaimana pun, Chae Ha tidak mahu Shi Jeun meninggalkannya. Shi Jeun kembali teringat kisah silamnya di sini. Ianya amat pahit. Maka kehilangan Shi Jeun telah membuatkan Chae Ha hilang arah. Jae Han cuba mengubati kesakitan Chae Ha itu namun sukar dan hampir menemui kegagalan. Lalu, siapakah pilihan Chae Ha?