Oh My Hati

Oh My Hati

  • WpView
    Membaca 13,250
  • WpVote
    Vote 425
  • WpPart
    Bab 10
WpMetadataReadBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Jum, Mar 10, 2017
WpInfo
Fiksi
Romansa
Salah faham yang tidak disangka menjadi titik pertama pertemuan antara Wanda dan Hafeez. Mudah saja Hafeez dimanupulasi oleh Wanda untuk membayar ganti rugi semata-mata tersalah tuduh terambil begnya. Dan pertemuan kedua mereka juga menyebabkan duit Hafeez melayang lagi semata-mata sebab tak sampai tengok air mata Wanda yang jatuh berderai-derai. "Nak duit... nak isi minyak..." Dalam pada hairan, Hafeez tetap juga hulur duit untuk Wanda isi minyak. Aduh! Kenapalah hati Hafeez begitu mudah cair dan senang-senang kena paw dengan minah senget berlesung pipit? Dua kali berjumpa, dua-dua kali duit dia melayang! Sungguh tak boleh jadi, Hafeez kena mulakan operasi mintak hutang! Niat hati nak minta hutang tapi surat saman ala-ala nak mengorat pula yang dia tujukan buat Wanda. Kononnya nak romantik, nak tunjuk gentleman, tapi akhirnya? Surat saman cinta tersalah sampai ke tangan orang lain. Disangkakan Mini Cooper itu milik Wanda, tapi rupa-rupanya Tasha yang empunya kereta. Diselitkan surat cinta dalam buku milik Wanda tapi rupa-rupanya itu buku Tasha! Alahai... kan senang kalau letak nama, barulah semua orang tahu yang surat tu untuk Wanda dan bukan kawan baik dia, Natasha. Sekarang semua dah jadi kelam-kabut dan salah faham yang kecil semakin lama menjadi semakin besar. Setiap kali nak beritahu Tasha perkara yang sebenar, setiap kali itulah ada saja halangan yang datang. Semua orang tak sedar dan tak pernah mengetahui tentang perasaan Hafeez dan Wanda yang terpendam untuk sekian lama. Bila segala-galanya terbongkar, berlaku peristiwa hitam yang mengubah segala-galanya. Wanda, Hafeez, Tasha dan juga Hariz abang kandung Hafeez tersepit dalam perasaan hati masing-masing. Cinta, rindu, dendam dan keinginan untuk memiliki sepenuhnya menjadi satu perasaan yang mencengkam dalam hati. Oh My sayang, oh my rindu, mulut cakap benci tapi hati kata i love you!
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
#906
novelmelayu
WpChevronRight
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
  • Bajo La Lluvia, Dalam Hati
  • Pikat Hati Dia
  • Gila-gila Terjatuh Cinta
  • Erina Tihani: Bukan Aku Tak Cinta (Terbit)
  • LAYTH MAKEEN : HIS LOVESMITH
  • JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED]
  • Sempurna Adanya Kamu
  • HUG : THE TRUTH UNTOLD
  • Merinduimu Bukan Sederhana

"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Tuan Nuh Fateh | Raisha Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki yang berlagak? Pun salah. Dia seorang yang pemurah dengan senyuman, tak lokek dalam membantu sesiapa saja dan 'kesempurnaan' sikapnya itu menjadi faktor kemusnahan rumah tangganya. Kini, dia bergelar duda yang sangat hangat di pasaran. Raisha binti Azman. Bekas isteri kepada salah seorang jutawan muda, Tuan Nuh Fateh. Hanya disebabkan perasaan cemburu butanya yang sukar dikawal, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan lelaki itu. Meskipun sukar lebih-lebih lagi dengan keadaannya yang menjadi ibu tunggal kepada puteri mereka. Dunianya menjadi tunggang terbalik apabila dia bekerja di syarikat bekas suaminya dan menjadi pembantu peribadi kepada Tuan Nuh Fateh. Lari ceruk mana pun mereka tetap bertemu. "Somehow I rasa sangsi, you memang cinta mati dengan I ke sampai you minta kerja dekat sini?" -Fateh. Hari demi hari, bulan berganti bulan, pasangan yang telah berpisah itu tidak dapat menafikan bahawa mereka saling memerlukan. "Maaf, Fateh. Sekarang I sedar..."

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan