Story cover for Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD) by Bungakhayalan
Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD)
  • WpView
    Reads 520,272
  • WpVote
    Votes 13,250
  • WpPart
    Parts 76
  • WpView
    Reads 520,272
  • WpVote
    Votes 13,250
  • WpPart
    Parts 76
Ongoing, First published Mar 07, 2017
[ON HOLD] [NO UPDATE]


Dek kerana takutkan rahsianya membuntingkan anak gadis orang terbongkar, Adam Zaffri nekad meninggalkan bumi United Kingdom dan kembali ke tanah air.Pertanyaan demi pertanyaan yang keluar dari bibir ahli keluarga yang terkejut dengan kepulangannya tiba-tiba itu hanya dijawab dengan penipuan. Asalkan rahsianya kemas dalam jagaannya. 

Tak makan setahun Adam Zaffri menetap di Malaysia, dia hampir sahaja membuatkan mamanya diserang penyakit jantung! Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba nak kahwin! 

"Dengan siapa Zaff nak kahwin? Anak siapa? Kerja apa? Apa kelulusan dia?" Datin Husna. 
"Dia bukan sesiapa. Hanya seorang Azura Darleena."

Apalagi yang ibunya harus lakukan? A kata Adam Zaffri, A lah kata kita! Tak ada majlis resepsi, tak ada jemputan sahabat-sahabat rapat, hanya majlis nikah dan doa selamat yang dimahukan Adam Zaffri! Datin Husna semakin pening! 

"Kenapa kau balik? Sudi ke kau nak pijak rumah buruk ni sejak kau berlakikan orang kaya? Kau nak jumpa siapa? Mak kau? Mak kau takde dekat sini, kau pergilah kubur dia, mintak ampun, mintak maaf sebab kaulah penyebab dia mati.Dasar anak tak kenang budi,kahwin tak bagitahu,kau balik ni pun sebab mak kau dah meninggal.Inilah manusia, sudah tiada baru nak hargai!" Pak Hamidi. 

"Kesian kau.Sanggup tebalkan muka untuk jadi isteri abang aku semata-mata nak tolong ibu kau.Tapi apa kau dapat? Niat kau yang suci murni tu akhirnya makan diri kau,Azura.Kau bersedialah untuk ditalak satu oleh Adam Zaffri." Aryana. 

"Wow! Hebat betul suami you! Larikan diri macam pengecut lepas i bagitahu dia yang i hamilkan anak dia? Tahu-tahu you yang jadi bini dia.I tak kisah jadi madu you, and i lagi tak kisah kalau dia ceraikan you." Suzy.

#1 trending 6/11-10/11
#1 trending 24/11-26/11
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD) to your library and receive updates
or
#108novelcinta
Content Guidelines
You may also like
Biar Berjuta Kali (Bab Percuma) by karyaseni2u
6 parts Ongoing
Pengkhianatan paling menyakitkan adalah bila ia datang daripada orang yang paling dipercayai. Fiqa tak pernah menyangka, Tasya-sahabat baiknya-akan menikamnya dari belakang. Ketika dia di luar negara, Tasya dan Dr. Saif, tunangnya, menjalinkan cinta terlarang. Lebih mengejutkan, mereka berkahwin tanpa rasa bersalah, meninggalkan Fiqa terkapar-kapar dengan hati yang remuk. "Dari dulu I curiga kat perempuan tu, tapi you selalu cakap, dia kawan jugak dengan Dr. Saif tu. You percaya sangat kat dia. Sekarang, you tengok apa yang kawan baik sendiri buat kat you, Fiqa." - Adila Melarikan diri ke Jakarta adalah satu-satunya pilihan Fiqa. Namun, bayangan masa lalu tetap menghantui langkahnya. Di kota itu, Rizky-lelaki berkarisma yang penuh rahsia-mula mencuri perhatian Fiqa. Tanpa disedari, Rizky menjadi bahu tempat Fiqa meluahkan kesedihannya. "Saya ke rooftop ni, di sini tempat yang paling tenang dan damai bagi saya... Saya lihat kamu menangis..." - RIZKY "Ma... maafkan saya, Encik Rizky." - FIQA "Afiqa, kita bukan di kantor atau dalam urusan kerja. Panggil saja saya Rizky." - RIZKY Namun, kepulangan Fiqa ke Malaysia membuka kembali luka lama. Tasya muncul semula di hadapannya dan Dr. Saif kembali mengejarnya dengan rasa kesal dan penyesalan yang tak berpenghujung. Hati Fiqa terus bergolak-antara masa lalu yang penuh luka dan masa depan yang mungkin membawa kebahagiaan. Mampukah Fiqa melepaskan semua kenangan pahit dan memberi peluang untuk kebahagiaan baru? Atau episod derita ini akan terus berulang... biar berjuta kali? Selami kisah cinta, pengkhianatan, dan harapan yang tak pernah padam dalam BIAR BERJUTA KALI.
Aku Bulan Dia Bintang by anarif
26 parts Complete
DISCLAIMER: INI CUMA PAPARAN BAGI TUJUAN PROMOSI. Untuk membaca naskhah penuh, sila dapatkan naskhah ini di pasaran bermula Februari 2016. <3 DARIN, diketemukan dan dikehendaki 'bertugas' selama tujuh hari dengan seseorang yang bergelar 'Tengku', ahli perniagaan muda yang berjaya dari luar negara dan dikejar ramai jurnalis Malaysia. Masalahnya, tugas dia bagaikan 24 jam bersama lelaki itu! "Apa awak nak? Cakap terus je la. Saya nak tengok TV ni, dengki betullah." "Eh, cik kak... Awak datang sini nak kerja. Sudahlah tak ada tujuan hidup. Datang rumah orang, sedap-sedap je tengok TV. Tak ada rasa nak berubah ke?" Pen di tangannya ditujah-tujah je wajah Darin. Mujur tak kena. Darin gigit bibir. Dah mula dah, perangai diktator dia tu! "Okey! Nak suruh saya buat apa, bagi saja. Tak payah nak mengutuk." "Menjawab! Apa tugas awak sekarang?" Darin diam. "Saya tanya ni, apa tugas awak sekarang?" Darin garu kepala. "Erm, jurnalis." "So, apa awak dah buat selama beberapa hari kerja dengan saya ni?" "Hmm, tadah telinga dengar awak marah." Fakhri mengetap giginya. Kenapalah dia berjumpa dengan manusia yang tak ada tujuan hidup ni? DALAM diam, Fakhri jatuh cinta pada jurnalis yang kadang-kadang dia lihat naif dan polos hingga menyedarkannya hakikat hidup yang sebenar dan banyak rahsia. APAKAH sebenarnya rahsia Fakhri yang ingin dia sembunyikan daripada khalayak ramai? Terbukakah hati Darin menerima Fakhri setelah menerima nota cinta nan sekeping itu walaupun pernah timbul gosip mereka yang memalukannya tersebar di media sosial? ***************** Novel ketiga Anarif dan yang pertama diterbitkan oleh Intens Idea International (Fauziah Ashari, Ombak Rindu) bakal berada di pasaran bulan Februari 2016. Bab yang dipaparkan cuma preview kepada bab asal dalam versi cetak. Dilarang menerbitkan semula mana-mana bahagian dalam bentuk apa sekalipun.
[TERBIT] Amorita, Nadyne by delilanatasha
12 parts Complete Mature
GHOST VERROS SERIES I Kerana dendam, Hud Yaqeez sanggup mempermainkan hati seorang Nadyne Sairish yang tulus mencintai dia. Rancangan diatur rapi, andai ayah gadis itu tidak bermain api, tidaklah si tedung membalas bisa. "Kau nak jadi girlfriend aku ke tak? Kalau nak, kau cerita tentang hidup kau. Keluarga kau. Senang nanti aku bawa rombongan meminang terus, cik Nadyne." - Hud Yaqeez Nadyne Sairish fikir lelaki itu ikhlas menerima dia setelah dia berusaha bersungguh-sungguh tanpa menyedari si "cobra" mula membelit black mamba yang cukup digeruni. "A... Amore what?" - Nadyne Sairish. "Amorita. Dearly loved, Nadyne." - Hud Yaqeez. Niat ingin menjerut si mangsa tapi Hud Yaqeez tersilap langkah bila dirinya pula yang terjerut. Mustahil untuk dia lepaskan Nadyne Sairish walaupun gadis itu sudah mula menjauhkan diri darinya setelah tembelangnya pecah. "Apa kau cakap ni? Kau nak buat apa pada aku? Hamba abdi kau? Hey, ayah kau yang bunuh mama aku! Sepatutnya aku yang marah! Kau yang patut dijadikan hamba abdi aku!"- Nadyne Sairish. "Now, just you and me. We will love each other till death, Tulip." - Hud Yaqeez Pada akhirnya, dapatkah Hud Yaqeez membalas dendam terhadap Tuan Siddiq sedangkan Tuan Yazmeer juga menjadi punca kehancuran keluarga Nadye Sairish? Masihkah ada cinta buat Hud Yaqeez bila Nadyne Sairish sedar yang hubungan mereka dipenuhi dusta bersulam dendam semata-mata? Start: August 2021 End: April 2024 TERBITAN TAHUN 2024
You may also like
Slide 1 of 9
The Revival of Love (Completed) cover
MR. ASH SEBELAH RUMAH cover
Biar Berjuta Kali (Bab Percuma) cover
SURI HATI MILIK DIA  cover
𝐑𝐀𝐍𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐘𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄 cover
Aku Bulan Dia Bintang cover
[TERBIT] Amorita, Nadyne cover
DENDAM CINTA ✧  cover
Bukan Sekadar Cinta  cover

The Revival of Love (Completed)

47 parts Complete

Suri Hawani menjadi mangsa hasad dengki Yusra Zulaika yang mahukan kedudukannya sebagai wanita kesayangan Emir Hadi. Pelbagai fitnah dan adu domba dilakukan agar Suri terbuang di dalam hidup Emir. Perbalahan demi perbalahan sehingga akhirnya Emir melafazkan talak kepada Suri. Dia dibuang oleh Emir bagai anjing kurap yang penuh jijik. "Sebenarnya Suri dah lama curang dengan abang! Dia ada skandal dekat pejabat!" - YUSRA ZULAIKA. "Tak, abang! Saya dengan Zayn tu tak ada apa-apa pun! Saya tak curang dengan abang!" - SURI HAWANI. Malang terus menimpa hingga Suri terlibat dalam kemalangan yang merosakkan seluruh wajah dan tubuh badannya. Berbulan-bulan di hospital tanpa pengetahuan sesiapa namun suatu hari ada seorang lelaki yang egoistik dan optimistik hadir menghulurkan bantuan. "Now you choose, sama ada you nak pergi pada anak kandung you atau you nak pergi pada anak susuan you. They're both your legal children but you can only choose one." - TAN SRI ISKANDAR RAID. Namun apabila bertemu semula dengan Emir, dia seperti tidak mahu melepaskan dendamnya. "Keperibadian Puan Sri mengingatkan saya pada arwah bekas isteri saya, Suri Hawani. Cara Puan Sri pandang saya... bercakap dengan saya amat mirip dengan dia." - EMIR HADI. "Ya ke? Mungkin sebab you rasa you ada dosa dengan dia, itu yang asyik teringat saja tu." - ANGGUN ALESSA. Habis punah semua rasa angkara dusta. THE REVIVAL OF LOVE