Lelaki ini , yang membuat aku menyampah. Yang mengusik aku tidak kesudah. Yang sering ada disamping tak kira bersedih atau bergembira . Lelaki ini , yang membuat aku jatuh cinta . Yang mengajar aku erti bahagia . Bahagianya memiliki cinta yang suci.
"Blah lah Isyraf! Menyampahlah tengok muka kau!"Aqira Adele menjeling Isyraf Mukhlis.
"Taknak , siapa suruh awak ambil hati saya? Tulah , ambil lagi. Kan dah kena"Isyraf Mukhlis tersengih sengih.
"Kenapa awak pilih saya?sedangkan ramai lagi lawa yang sesuai untuk awak"Aqira Adele tunduk kebawah.
"Siapa kata awak tak lawa ? Wajah ni lah yang buatkan saya cair . Wajah ni lah yang membuatkan saya tergila gila . Tapi , kecantikan saja tidak cukup kalau hati tak molek . Sebab hati awak yang molek , saya terkejar kejarkan awak dan inginkan awak menjadi permaisuri hati saya. Dan itu janji saya , InshaAllah"Isyraf Mukhlis tersenyum manis.
"Saya sayangkan awak"Aqira Adele menahan sebak dan mengucapkan kata kata itu dengan penuh ikhlas.
Telinga Isyraf Mukhlis bertukar merah . Begitu juga dengan mukanya , bertukar merona merah . Dia menekup mukanya dengan kedua belah tangannya , perbuatan itu membuatkan Aqira Adele tersenyum .
"Oh god , im so fall in love with you"Isyraf Mukhlis tersenyum lebar.
Tuhan , terima kasih kerana memberi anugerah terindah iaitu dia , Isyraf Mukhlis.