Tuah Kasihnya Teja

Tuah Kasihnya Teja

  • WpView
    Reads 6,508
  • WpVote
    Votes 214
  • WpPart
    Parts 24
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, May 11, 2017
WpInfo
Fiction
Romance
KOTA Singa menjadi saksi pertemuan pertama dua insan yang bagaikan langit dan bumi. Tuah yang sudah biasa menyendiri sejak kecil menyulam rasa tidak senang apabila hidupnya dicerobohi Teja, gadis tekad dalam segala hal dan becok tak kisah orang suka atau tidak padanya. MASALAHNYA! Teja jatuh suka pada Tuah... "Saya nak tanya," ujar Teja tekad pada sekumpulan geng motosikal yang tidak dikenalinya itu. "Saya cantik tak?" Soalan Teja buatkan mereka menyambutnya dengan siulan riuh-rendah. "Cantik! Kalau dapat rewang, lagi cantik!" Sambut yang paling belakang. Tuah sudah menggenggam penumbuknya, tetapi dia masih cuba mengawal dirinya. "Betul? Patut ke tidak lelaki ni tolak saya?" Teja toleh ke arah Tuah yang terus meletakkan tangan di belakang leher, konon dia tidak kisah. "Uish, apa ni bang? Rugi ni, tolak awek. Untung-untung, dapat malam pertama," sambut seorang di depan. Yang lain ketawa. DALAM Tuah menolak, akhirnya dia menerima juga si Teja setelah 10 tahun terpisah dan masing-masing ada kerjaya. Namun nikah sahaja dulu, pelannya majlis kahwin lagi tiga bulan! "Tapi, kalau saya dah mengandung masa nak buat kenduri tu, macam mana?" Tanyanya agak kuat. "Erm, itu...boleh dibincangkan nanti," Terus formal balasan Tuah. Matanya sudah melekat ke dinding. Malu nak pandang Dayana, mahupun Nawal. "Teja, itu kan rezeki Allah. Dah kahwin, nanti pandai-pandailah kamu." Selamba Dayana membalas. Teja merengus perlahan. Kalau nikah dulu, nanti mengandung, gambar kahwin tak lawa la! Eee! Tensionnya! "Awak jangan bagi saya mengandung sebelum kenduri, tau!" Tegah Teja sepenuh hatinya. Sekali lagi Wafi tersedak dengan air liur sendiri. Tuah rasa seperti mahu masuk ke bawah meja. Malu tak terkata. BAGAIMANA agaknya rumah tangga mereka ini yang sangat kontra perangainya? Tuah seorang pelukis dan Teja sebagai kurator...
All Rights Reserved
#464
novelmelayu
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  •  ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)
  • I'm A Fighter!
  • MASIH MENANTI ✓
  • ID untuk Hawa [Editing in Progress] [C]✅
  • BUKAN DOKTOR CINTA [OG]
  • Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)
  • Diari Cinta Kita
  • Thank You, My Love (END)
  • C H A MILI O N
  • Mencintaimu Hanya Seketika (EBOOK)

[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan kewangan yang ingin mencari pekerjaan sebagai akauntan di sebuah syarikat yang dikenali ramai iaitu ARNIS Holdings yang diusahakan oleh usahawan terkenal di tanah Air malahan di luar negara. Namun nasib tidak menyebelahinya kerana dia lewat ke temuduga dengan insiden yang tidak diduga pada hari dimana dia perlu pergi temuduga tersebut dengan segera. "Hish!berani dia langgar cik Kiah aku ni!tahu la kereta mahal tapi agak-agak la!adab tu dekat mana?"-Orked Imani. "Dia mama Isya!Isya nak mama!!"-Tengku Irsya Syah. Sampai la satu masa yang dia terpaksa membuat perjanjian untuk menjadi seorang babysitter tanpa apa-apa sijil yang berkaitan dengan kanak-kanak. "Only 3months Cik bunga.I know my daughter."-Tengku Aryan Syah. "Kau serious ke Orked?nak jadi babysitter kepada Boss Hot tu?Wow kalau aku jadi kau kan.."-Humairah. Dalam pekerjaan yang berlandaskan dengan perjanjian bodoh yang dia dan encik dingin plus hot tu,bermula la benih-benih cinta yang hadir dalam diri memasing.Tambahan pula Orked Imani memiliki wajah yang seiras dengan arwah isterinya. "No Aryan!dia bukan Anis!!No!!"-Tengku Aryan Syah. "Kenapa aku boleh suka mamat yang dingin macam batu tu?"-Orked Imani. "Umi nak Aryan kahwin dengan menantu pilihan umi..bukan dengan perempuan yang tak cukup kain macam Amber tu. Lagipun dia bukan perempuan yang baik. "-Tengku Salmah. Namun setiap kehidupan seseorang itu seharusnya mesti ada orang ketiga. "Dia akan jadi milik aku!"-Amber. "Perempuan tu memang gila ea?"-Orked Imani "Aku tak akan bagikan kebahagiaan itu dekat perempuan macam kau!"-Iera. mampukah Orked Imani boleh menjadi babysitter yang bertawliah dan menahan hatinya untuk encik dingin itu?mampukah Aryan melupakan kisah lama dan menerima Orked?mampukah mereka? ⚠Dilarang di plagiat ⚠️Awas ada kata-kata carutan/kesat Start writing 26August2018💞

More details
WpActionLinkContent Guidelines