Buddy-Moon (TERBIT - Pre Order melalui Shopee Fajar Pakeer)
  • Reads 72,221
  • Votes 288
  • Parts 3
  • Reads 72,221
  • Votes 288
  • Parts 3
Complete, First published Apr 10, 2017
Mature
Istanbul - kota romantis penuh pesona buat pasangan berbulan madu.

Namun tidak bagi Yuhanis. Datang sendirian mengubat hati yang remuk dikhianati dan serik dengan insan bernama lelaki. Sangkanya, dia mampu untuk mengembara sendirian
tanpa bergantung harap dengan mana-mana lelaki.

Ternyata dia silap! Nyawanya hampir terancam! Insiden itulah yang mempertemukannya dengan Jake, jejaka mat salih yang baginya agak misteri. Sukar dijangka apa niat lelaki itu sampai sudi menemaninya menjelajah Turki.

Pahit manis kenangan di Istanbul, Izmir, Konya, Ankara dan Kapadokya menjadi saksi
pengembaraan mereka berdua. Siap kena scam dengan lelaki-lelaki Turkiye, dan hampir
membeku di bahu jalan.

Seolah-olah, kenangan tercipta tak ubah seperti honeymoon, namun hakikatnya hanya
sebagai travel-buddy. Atau mungkin digelar sebagai buddy-moon?

Pengembaraan berakhir bila terungkai niat sebenar lelaki itu. Bersaksikan langit senja di
Asiklar Tepesi, Jake ditinggalkan sendiri.

Katanya cinta, namun hati menolak. Luka lama masih bergolak. Huru-hara jadinya bila insan dari masa silam, cuba menagih kasihnya kembali. Kemunculan Leyla pula yang mendakwa si bekas isteri, menyulitkan lagi usaha menawan hati.

Cinta seindah Hagia Sophia, sebiru lautan Bosphorus, seluas langit Kapadokya, namun sukar binasakan ego seteguh Menara Galata.

Dear heart, why her?- Jake
Dear fate, why him? - Yuhanis
All Rights Reserved
Sign up to add Buddy-Moon (TERBIT - Pre Order melalui Shopee Fajar Pakeer) to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 by missdiraa
64 parts Complete
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose. Tidak mahu menumpang kebahagiaan dalam penderitaan orang lain. Wanita itu hanya berserah kepada Nya. Kebahagiaannya kin terletak pada seorang insan yang kecil hadir menerbitkan jiwa seorang ibu. Haqqim. Nama yang sentiasa menjadi penyeri hidupnya. "Kau nak keluar dari rumah ni?" - MUHAMMAD ZAYRAN "Saya taknak." - NUREEN RAUDHAH "Kenapa taknak. Kalau kau keluar, kau boleh hidup bebas." - MUHAMMAD ZAYRAN "Saya taknak anak saya dihina." - NUREEN RAUDHAH Muhammad Zayran, siapa tidak kenal lelaki yang tampan dan kaya. Tak cukup menjadi anak seorang Tan Sri, lelaki itu juga menguruskan sebuah hotel yang besar. Namun, pertemuan mereka tidaklah seindah mana. Zayran memandangnya begitu hina. "Kahwin dengan aku. Then, keluar daripada Ainul Sumayyah." - MUHAMMAD ZAYRAN "Kenapa Tuan beria sangat minta saya keluar daripada sini? Hina sangatkah saya sampai Tuan taknak tengok muka saya?" - NUREEN RAUDHAH "Aku tak pernah kata kau hina. Aku cuma kesiankan Rose, selagi kau ada di sini... Rose takkan berhenti tolong kau, kau kena sedar diri dengan apa yang kau buat selama ni." - MUHAMMAD ZAYRAN ⚠️ No Plagiarism Allowed!
HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) by msroses_
41 parts Complete
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. "Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina "Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi "Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina "No!" - Haris Wafi "Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina "Why not?" - Haris Wafi Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white roses.." - Haris Wafi
You may also like
Slide 1 of 10
Leo's Addiction  | Completed  cover
Dia Amanah Buatku | OG cover
Kerana Dendam cover
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 cover
Duri di antara kita | OG cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
Mi Cariño cover
HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) cover
Sempurnakan Cinta Kita | C cover
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓  cover

Leo's Addiction | Completed

50 parts Complete

Tengku Daniel Rayden, seorang ahli perniagaan yang hebat menempa nama di persada antarabangsa. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat, apatah lagi orang yang mengenalinya sebagai "Leo". Medina Nisa Lyora, seorang gadis jelita yang berperwatakan lembut dan ayu. Senyumannya yang manis mampu mencairkan hati orang sekelilingnya. Sifatnya yang periang, juga mampu menghilangkan gusar pada hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ayu dan manis itu, menyimpan seribu satu rahsia yang hanya dia saja ketahui? Dendam yang dibawa perlu dilunaskan. Start : March 17,2024. End : January 5, 2025. ✨